Utusan Borneo (Sarawak)

Lukanisman yakin pengundi muda sokong BN

-

MIRI: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni yakin pengundi muda di Taman Tunku akan memberi sokongan kepada BN.

Beliau berkata, jumlah pengundi di kawasan itu lebih 8,000 dan sebahagian­nya terdiri daripada golongan pengundi muda dan baharu.

“Mereka adalah pengundi muda dan agak mustahil juga mereka menolak calon muda daripada BN kerana kerajaan mempunyai agenda pembanguna­n untuk orang muda,” katanya di sini, kelmarin.

Lukanisman berkata, sebahagian besar pengundi Parlimen Sibuti adalah dalam bandar dan bandar kecil seperti Taman Tunku, Kampung Abdul Rahman dan sekitarnya.

“Kita mempunyai perancanga­n yang teliti untuk Parlimen Sibuti termasuk di kawasan bandar dan subbandar, maka adalah penting pengundi memberi sokongan kepada BN,” jelasnya.

Beliau telah meninjau hampir kesemua kawasan parlimen menerusi program ‘walkabout’, sementara bagi kawasan lain kempen melalui media sosial digunakan.

“Kita tidak mahu timbul spekulasi bahawa calon tidak datang ke tempat mereka dan bertemu pengundi, sebab itu kita menggunaka­n pelbagai kaedah mendekati mereka,” tegasnya.

Mengulas mengenai isu-isu yang berbangkit di kawasan Taman Tunku, Lukanisman berkata, isu nasional dan isu tempatan turut hangat diperkatak­an, antaranya, isu kos sara hidup, kenaikan harga minyak, penyampaia­n perkhidmat­an, kesela- matan, masalah banjir dan sebagainya.

“Kerajaan negeri sebelum ini telah mengumumka­n RM10 juta bagi mengatasi masalah banjir di sini sementara isu keselamata­n pula ditangani melalui Jawatankua­sa Penduduk (JKP),” jelasnya.

Harapannya kepada lebih 8,000 pengundi di situ iaitu dalam 11 saluran menilai prestasi kerajaan BN dan memilihnya bagi mewakili mereka di Parlimen.

Terdahulu, Lukanisman ditemani Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga ADUN Lambir Ripin Lamat melakukan program tinjauan mesra di Taman Tunku.

Hadir sama ialah Kaunselor Keith Chin serta pasukan gerak kerja kempen BN Sibuti.

 ??  ?? CERIA: Lukanisman (kanan) bersalaman dengan seorang penjaja di Tamu Lama Taman Tunku dalam program tinjauan mesra kelmarin.
CERIA: Lukanisman (kanan) bersalaman dengan seorang penjaja di Tamu Lama Taman Tunku dalam program tinjauan mesra kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia