Utusan Borneo (Sarawak)

Sebastian terus bertemu penyokong dan pengundi

-

MIRI: Tinggal satu hari lagi berkempen, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting terus bertemu penyokong dan pengundi serta sedaya upaya memenuhi semua jemputan dianjurkan di sekitar bandar raya ini.

“Tinggal dua hari lagi dan saya terus mendekati kalau boleh seramai mungkin pengundi dan penyokong di sini dan saya tidak mahu menyebut peluang. Saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Bercakap kepada Utusan Borneo selepas menyaksika­n Majlis Penyerahan Sumbangan Pusat Aktiviti Belia Miri kepada ibu-ibu tunggal daripada Persatuan Wanita Penyayang Bandaraya Miri, di sini semalam semasa tayangan amal sempena Hari Ibu, beliau juga mahu mendekati seramai mungkin golongan pengundi muda.

“Ini kerana mereka adalah bakal pemimpin masa depan serta hala tuju negara dan saya ingin menyampaik­an mesej bahawa mereka perlu membuat pilihan bijak demi menjamin masa depan mereka agar mereka dapat menikmati kemakmuran dan keamanan berterusan,” katanya.

Menurut Sebastian, lebihlebih lagi di negeri ini beliau mahu generasi muda memilih kerajaan kuat dan dapat mewakili rakyatnya untuk menuntut hak-hak Sarawak dan menjaga keharmonia­n negeri ini.

“Setiap undi mereka berikan ialah kekuatan bagi BN Sarawak. Kita berjuang untuk BN Sarawak untuk kekuatan negeri ini.

“Apa yang kita bimbangkan anasir-anasir negatif merebak ke negeri ini dari Semenanjun­g Malaysia dan seterusnya boleh mempengaru­hi rakyat negeri ini serta menjejaska­n keharmonia­n dan perpaduan kaum di Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Sebastian turut memuji Pusat Aktiviti Belia Miri yang terdiri daripada golongan belia namun berani melibatkan diri dalam kerja amal dan kemasyarak­atan untuk menyumbang kepada masyarakat sekeliling.

Sementara itu, Presiden Pusat Aktiviti Belia Miri Cherry Chin berkata tayangan amal dianjurkan itu merupakan yang pertama diadakan tahun ini.

Sebanyak 144 keping tiket untuk tayangan amal bagi filem ‘Avengers - Infinity War’ dijual dan hasil jualan tiket itu diserahkan kepada Persatuan Wanita Penyayang Bandaraya Miri yang majoriti ahlinya terdiri daripada ibu tunggal.

“Sebahagian kutipan itu juga digunakan untuk membeli alat tulis anak-anak ahli,” jelas Cherry.

Menurut beliau, projek amal kedua dianjurkan pusat tersebut ialah kempen derma darah pada Oktober depan dan larian amal dirancang pada November tahun ini.

Turut hadir pengerusi penganjur acara tayangan amal tersebut, Bong Sook Kian.

 ??  ?? UNTUK AMAL: Sebastian menyaksika­n penyerahan sumbangan oleh Bong (dua kiri) dan Cherry (kiri) bagi pihak Pusat Aktiviti Belia Miri kepada wakil Persatuan Wanita Penyayang Bandaraya Miri.
UNTUK AMAL: Sebastian menyaksika­n penyerahan sumbangan oleh Bong (dua kiri) dan Cherry (kiri) bagi pihak Pusat Aktiviti Belia Miri kepada wakil Persatuan Wanita Penyayang Bandaraya Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia