Utusan Borneo (Sarawak)

Tuai rumah di Sibuti yakin hanya BN jaga kebajikan

-

MIRI: Tuai rumah di kawasan Sibuti menegaskan bahawa tiada tempat untuk pembangkan­g datang ke kawasan mereka kerana yakin hanya Barisan Nasional ( BN) yang sentiasa menjaga kebajikan mereka.

Tuai Rumah James Biri, 61, berkata kerajaan telah membawa banyak pembanguna­n ke rumah panjang mereka dan melahirkan rasa terima kasih serta bersyukur.

“Majoriti penduduk di sini adalah berpihak kepada BN. Hanya seorang dua yang menyokong pembangkan­g, tetapi itu hak mereka.

“Saya yakin sokongan mereka terhadap pembangkan­g itu tidak akan sama sekali mempengaru­hi undi kami yang menyokong BN,” jelasnya.

James berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika ditemui di rumah panjangnya yang terletak di simpang Beluru, kira-kira satu jam setengah perjalanan dari bandar raya Miri, petang kelmarin (Sabtu).

Pada masa ini katanya, kerajaan sedang berusaha untuk mendapatka­n air paip bersih untuk dihubungka­n kepada 21 pintu di rumah panjang berkenaan dan berharap dengan terlaksana­nya projek itu nanti, mereka tidak perlu bergantung kepada air hujan.

Menurutnya, pelbagai projek yang telah diberikan kerajaan kepada penduduk berkenaan, termasukla­h skim kelapa sawit di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang memberi manfaat kepada penduduk terbabit menjana pendapatan masing-masing.

Di bawah skim berkenaan jelas James, penerima diberikan benih kelapa sawit dan pihak berkuasa tempatan juga membantu menubuhkan ladang kelapa sawit.

Di samping itu, kriteria skim berkenaan ialah penduduk mesti mempunyai tanah sendiri untuk melaksanak­an projek kelapa sawit.

“Sejak saya menjadi tuai rumah pada 1994, sudah banyak sumbangan yang kerajaan berikan.

“Saya tidak lihat atas alasan apa penduduk di sini mahupun rakyat Sibuti untuk mengundi pembangkan­g,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau turut meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat membantu baik pulih jambatan runtuh yang menghubung­kan kampung terbabit ke tanah perkuburan mereka.

“Jambatan tersebut runtuh pada bulan lepas dan saya telah maklumkan kepada wakil kami (Ripin) mengenainy­a.

“Diharapkan perkara ini dapat diselesaik­an segera disebabkan ia amat diperlukan khasnya bagi perayaan Gawai Antu pada 19 dan 20 Mei nanti,” tambahnya.

Sementara itu, Tuai Rumah Misoon Timbak, 62, yang turut bersetuju dengan James memberitah­u, selama lebih 18 tahun beliau menjadi tuai rumah, BN telah banyak membantu rakyat di luar bandar dengan membawa pelbagai pembanguna­n.

“Banyak pembanguna­n yang telah memberi manfaat kepada penduduk, malah pembanguna­n berterusan yang dirasai dari zaman Tan Sri Peter Chin, Datuk Aidan Wing dan Datuk Ahmad Lai Bujang yang pernah menjadi Ahli Parlimen sehingga sekarang juga masih ada projek kemajuan untuk kami.

“Dari rumah panjang yang terpencil dahulu tanpa kemudahan asas, kini kami bukan sahaja ada bekalan elektrik dan air bersih, tetapi Lebuh Raya Pan Borneo juga sedang dibina betul-betul di sebelah rumah panjang kami,” ujarnya.

Tambah Misoon, kira- kira 20 keluarga dari rumah panjang yang mempunyai 32 pintu itu turut berterima kasih kepada kerajaan BN selepas menerima skim kelapa sawit di bawah MPOB baru-baru ini.

“Oleh itu, saya menyeru agar mengundi khasnya rakyat Sibuti di sini teruskan memberi mandat kepada BN pada 9 Mei ini bagi memberi pembanguna­n berterusan untuk diberikan kepada penduduk luar bandar,” katanya.

 ??  ?? JAMES BIRI
JAMES BIRI
 ??  ?? MISOON TIMBAK
MISOON TIMBAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia