Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong layak dipilih teruskan kesinambun­gan berkhidmat kepada rakyat

-

BINTULU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing merupakan calon layak dipilih meneruskan kesinambun­gan memberi khidmat kepada rakyat di Bintulu.

Ketua Pergerakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Batu, Haidar Khan Asghar Khan berkata Tiong merupakan wakil rakyat terbaik di Malaysia dengan kedudukan nombor satu atas jasa dan khidmat paling banyak diberikan kepada rakyat.

Beliau menyifatka­n Tiong banyak menabur bakti kepada rakyat Bintulu sejak menjadi Ahli Parlimen Bintulu pada 1999 seterusnya 2004, 2008 dan 2013.

“Orang berbudi patut kita balas, banyak memberi bantuan dan semua kampung kita sedikit sebanyak adalah bantuan beliau (Tiong) dan kita menikmati,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Muktamar Kampung Jabai Tanjung Batu dihadiri Pegawai Khas Datuk Seri Tiong Azman Abdul Rahman mewakili Tiong malam Sabtu lalu.

Katanya, di Bintulu Tiong pertama kali menjadi wakil rakyat pada 1999 dan umurnya ketika itu 38 tahun merupakan orang luar dari Bintulu serta tidak seorang pun di sini mengenalin­ya.

“Tetapi, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sebagai parti komponen BN ketika itu memilih Tiong menjadi calon BN dan berkat kerjasama semua pihak Tiong berjaya menjadi Ahli Parlimen Bintulu pada 1999 dan seterusnya menang pada pilihan raya 2004 dan 2008 dengan majoriti meningkat hampir 15,000 dan 2013 meskipun majoritiny­a menurun kepada 7,000,” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru rakyat di sini turun mengundi beramai-ramai pada 9 Mei ini dengan mengundi Tiong supaya sasaran pengundi meningkat daripada 62 hingga 63 peratus bertambah kepada 65 atau 67 peratus atau sehingga 70 peratus.

Haidar berkata, memilih wakil Parlimen Bintulu adalah tugas rakyat di Bintulu sekali gus berharap keceriaan bertambah dengan senyuman hebat apabila Tiong sekali lagi dipilih menjadi wakil rakyat pada malam 9 Mei ini.

“Itu perjuangan kita dan kedua meningkatk­an jumlah kemenangan calon BN di Sarawak sendiri daripada 25 kerusi Parlimen Sarawak kepada lebih yang mana pilihan raya lalu BN Sarawak menang 25 kerusi dan selebihnya enam kerusi dimenangi pembangkan­g daripada 31 kerusi Sarawak.

“Kita berdoa BN peringkat kebangsaan memenangi lebih daripada 112 kerusi supaya dapat memerintah negara ini,” katanya.

Terdahulu Ketua Kaum Kampung Jabai Johny Jimon berkeyakin­an Tiong memenangi kerusi Parlimen Bintulu pada PRU14 ini berdasarka­n prestasi dan khidmat terbaik ditunjukka­n selama empat penggal untuk kawasan Bintulu.

Johny berharap kemudahan projek pembinaan jalan raya ke kawasan dewan dan surau kampung itu berbanding menggunaka­n jalan besar dapat dilaksanak­an selepas pilihan raya ini.

“Penduduk kampung turut berharap jalan kampung di Kampung Jabai dapat dinaik taraf dengan segera berbanding hanya dengan membaik pulih,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia