Utusan Borneo (Sarawak)

Pakatan Harapan akui berdepan cabaran sukar pada PRU14 ini

-

MIRI: Pakatan Harapan (PH) mengakui mereka turut berdepan dengan pertanding­an sukar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini meskipun mereka menaruh harapan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PRU13 lalu.

Pengerusi PH Negeri Chong Chieng Jen berkata walaupun berdepan laluan sukar namun mereka tetap mempunyai peluang cerah memenangi lebih banyak kerusi kerana mereka mempunyai isu-isu baik diperjuang­kan untuk rakyat.

“Sukar memperkata mengenai peluang di satu-satu kerusi ditandingi. Tetapi, saya yakin kita dapat menawan sekurang-kurangnya 10 kerusi termasuk Miri,” katanya tanpa enggan mendedahka­n lebih lanjut 10 kerusi itu sebaliknya jangkaan secara umumnya.

Dengan masa berbaki satu hari lagi (hari ini) untuk rakyat turun mengundi dan menunaikan tanggungja­wab mereka, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak berkata beliau yakin PH mempunyai alasanalas­an baik diperjuang­kan dan mencabar calon-calon BN kali ini.

Sebagai contoh, di kerusi Parlimen Stampin beliau boleh menyaksika­n kebangkita­n rakyat menolak kepimpinan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia bukan hanya persaingan antara beliau selaku calon DAP di kerusi itu dengan calon BN Datuk Dr Sim Kui Hian sebaliknya lebih kepada kebangkita­n rakyat menolak kepimpinan BN.

Terdahulu, beliau sekali lagi memperjela­s mengenai manifesto PH memberi kebaikan dan kelebihan kepada rakyat di negeri ini jika PH berjaya menumbangk­an BN pada PRU14 ini.

Chong turut mendakwa berbanding dengan BN, ‘suara’ PH adalah lebih kuat menuntut hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu, calon PKR Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata selepas lebih seminggu berkempen beliau berasa lebih yakin memenangi PRU14 ini sekali gus mempertaha­nkan kerusi Parlimen Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia