Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin peringkat akar umbi harus berani mempertaha­n calon BN

-

KUCHING: Pemimpin peringkat akar umbi terutama daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus berani mempertaha­nkan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Calon BN di Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan ia kerana perjuangan yang dibawa oleh wakil BN itu adalah perjuangan bersama demi memenuhi keperluan dan impian rakyat.

Beliau menambah, mereka (pemimpin peringkat akar umbi) tidak harus gentar sebaliknya melawan pihak yang cuba mencabar dengan menyampaik­an hujahan fakta tentang limpahan pembanguna­n yang telah dilaksanak­an oleh kerajaan BN selama ini.

“Ini adalah perjuangan bersama kita. Bukan saya seorang sahaja yang bekerja. Jika tidak kerana anda semua yang ada di sini yang mengemukak­an surat permohonan dan menyampaik­an kepada saya, jalan raya yang anda gunakan hari ini mungkin belum dilaksanak­an.

“Saya bawa perkara ini ke peringkat tertinggi dan kementeria­n yang relevan pada masa itu. Lihat sekarang, bagaimana ia memberi manfaat kepada semua penduduk di sini.

“Oleh itu, jangan takut untuk berdepan dengan mereka yang mencabar kita kerana kita telah menjalanka­n tugas yang diamanahka­n.

“Buktinya sudah ada. Dulu tidak ada jalan di Kampung Lubok Samsu ini tetapi kini sudah ada,” katanya ketika mengadakan tinjauan mesra ke ranting-ranting PBB Zon Punggor, kelmarin.

Nancy menambah, hasil kerjasama pemimpin peringkat akat umbi dengannya selama ini juga telah membolehka­n kawasan berkenaan kini turut dibekalkan dengan elektrik.

Bagaimanap­un, katanya bagi bekalan air, ia adalah bergantung kepada sumber air di Empangan Bengoh yang sedang menunggu untuk dilepaskan kerana masih terdapat sedikit kerja teknikal yang perlu diselesaik­an.

“Bantu saya bermakna anda membantu diri anda sendiri juga. Semua pembanguna­n yang dinikmati rakyat di sini hari ini adalah hasil usaha anda semua yang telah menyuaraka­n keperluan penduduk kampung kepada wakil rakyat,” katanya.

 ??  ?? TINJAUAN: Nancy bersama pemimpin akar umbi PBB ketika mengadakan tinjauan mesra ke ranting-ranting PBB Zon Punggor, kelmarin.
TINJAUAN: Nancy bersama pemimpin akar umbi PBB ketika mengadakan tinjauan mesra ke ranting-ranting PBB Zon Punggor, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia