Utusan Borneo (Sarawak)

PH arah SPRM siasat transaksi tanah jika berjaya membentuk kerajaan

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) akan mengarahka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menyiasat transaksi tanah negeri berkeluasa­n 267.15 ekar kepada sebuah syarikat swasta yang terletak bertentang­an dengan Bandar Baharu MJC Batu Kawa di sini jika PH berjaya mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Stampin Chong Chieng Jen berkata jika PH membentuk kerajaan, mereka akan mengambil balik tanah tersebut daripada syarikat berkenaan kerana tanah yang diperolehi menerusi amalan rasuah boleh dirampas.

“Mana-mana hartanah termasuk tanah yang diperoleh menerusi cara yang tidak sah boleh dirampas di bawah undang-undang.

“Siasatan kita akan dilakukan dengan tujuan untuk merampas tanah tersebut dan akan digunakan bagi tujuan projek yang bermanfaat kepada masyarakat umum seperti membina sekolah, kolej, fasiliti sukan dan rumah kos rendah.

“Jadi, kroni-kroni Barisan Nasional (BN) harus berjagajag­a,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Chong yang juga pengerusi PH Sarawak dan Pengerusi DAP Sarawak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa menambah, beliau telah membangkit­kan isu penjualan tanah itu yang dijual oleh kerajaan negeri pada harga murah.

Katanya selepas isu ini dibangkitk­an sehingga sekarang semua kerja pembersiha­n di atas tanah tersebut telah ditangguhk­an.

Dalam perkembang­an berkaitan, Chong berkata semua ceramah PH di Sarawak akan tamat pada jam 10 malam untuk memberi laluan kepada siaran langsung bersama Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Facebook.

Ceramah DAP di BDC akan bermula jam 7 malam dan tamat pada jam 10 malam bagi membolehka­n mereka yang hadir mendengar apa yang akan diumumkan oleh Dr Mahathir.

Sehubungan itu, Chong berharap kerajaan termasuk kerajaan negeri dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak campur tangan dengan jalur lebar Internet.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Salang (berkaca mata hitam) dikerumuni penyokongn­ya semasa kunjungan beliau ke Rumah Entili, Nanga Stusol di Julau.
BERSEMANGA­T: Salang (berkaca mata hitam) dikerumuni penyokongn­ya semasa kunjungan beliau ke Rumah Entili, Nanga Stusol di Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia