Utusan Borneo (Sarawak)

Berjanji derma 50 peratus gajinya kepada tiga sekolah menengah jika menang PRU14

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah (SM) Tinggi Katolik Wong Chih Yong menyifatka­n calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Lanang Kelvin Kong sebagai individu yang prihatin dan mementingk­an pendidikan Cina di sini.

Ini berikutan pengumuman berserta surat perjanjian Kelvin yang akan mendermaka­n 50 peratus daripada gaji termasuk elaun sebagai Ahli Parlimen seandainya beliau menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini kepada tiga sekolah menengah persendiri­an Cina dalam konstituen­si Parlimen Lanang.

Tiga sekolah berkenaan ialah SM Tinggi Katolik, SM Wong Nai Siong dan SM Citizen Stabau.

Dalam surat perjanjian antara Kelvin dan tiga sekolah tersebut, setiap sekolah akan menerima RM5,000 sebulan.

Jelasnya, jika situasi itu berlaku ia adalah sejarah bagi sekolah persendiri­an Cina di negeri ini kerana tidak pernah mendapat sebarang bentuk kewangan secara bulanan seperti yang dijanjikan Kelvin.

“Mungkin penyandang kerusi Parlimen Lanang Alice Lau adalah seorang individu, ibu dan isteri yang baik dalam keluarga tetapi usaha Kelvin ini adalah jauh lebih baik daripada beliau kerana mempunyai keprihatin­an terhadap masalah sekolah Cina persendiri­an.

“Sepanjang menjadi wakil rakyat, kita tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada Alice Lau kepada sekolah persendiri­an Cina,” katanya.

Chih Yong berkata, keprihatin­an Kelvin ini akan menjamin Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil berat dalam pendidikan Bahasa Cina di negeri ini.

“Kita amat berbangga dan gembira terhadap usaha Kelvin ini dan berdoa agar beliau dapat menang pada PRU14 ini.

“Sebagai komuniti Cina kami akan menyokong beliau pada PRU14 ini bagi merealisas­ikan janji tersebut untuk manfaat anak-anak kami,” tambahnya.

Dua sekolah menengah tersebut diwakili Pengetua SM Wong Nai Siong Lu Ing Siong manakala SM Citizen Stabau diwakili pengerusi lembaga pengurusan­nya Tung Tat Shen.

Ketiga-tiga mereka hadir di Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong di sini untuk menerima surat perjanjian itu sebagai bukti, semalam.

Pada sidang media sebelum penyerahan surat perjanjian tersebut, Kelvin berkata, sebelum ini menerusi sidang medianya pada 22 April lalu turut mengumumka­n perkara yang sama namun tiada sebarang perjanjian rasmi dibuat.

“Pada hari ini, saya telah menyediaka­n dokumen rasmi untuk sekolah berkenaan bahawa saya tidak hanya bercakap atau berjanji kosong.

“Saya tahu banyak yang mempertika­i serta memper-

Mungkin penyandang kerusi Parlimen Lanang Alice Lau adalah seorang individu, ibu dan isteri yang baik dalam keluarga tetapi usaha Kelvin ini adalah jauh lebih baik daripada beliau kerana mempunyai keprihatin­an terhadap masalah sekolah

persendiri­an.” Cina Wong Chih Yong Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan SM Tinggi Katolik

soalkan keikhlasan saya berkenaan dengan janji saya itu.

“Namun hari ini, saya merealisas­ikannya menerusi surat perjanjian ini dengan syarat BN menang di Parlimen Lanang pada 9 Mei ini,” katanya yang juga timbalan pengerusi SUPP Cawangan Dudong.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden II SUPP Chieng Buong Toon dan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Chin Yong.

Selain tiga sekolah menen- gah tersebut, Kelvin turut berikrar untuk membantu enam sekolah rendah Cina persendiri­an yang terletak di Parlimen Lanang menerusi peruntukan geran sebanyak RM100,000 pada setiap tahun.

Kelvin berkata, beliau berbuat demikian kerana menyedari serta memahami kesulitan yang dihadapi guru dan kakitangan di sekolah persendiri­an Cina.

“Difahamkan guru-guru berkenaan terpaksa menggunaka­n gaji mereka sendiri untuk membayar perbelanja­an tambahan sekolah.

“Jika saya memenangi kerusi Parlimen Lanang, saya pasti akan melakukan yang terbaik untuk membantu meringanka­n beban guru-guru ini,” tambahnya.

 ??  ?? BERSATU: Dr Chan (tengah kiri) dan Sim (tengah kanan) diapit Lee di sebelah kiri dan Ting di sebelah kanan serta tetamu kehormat lain pada Majlis Makan Malam Bersama Pemilik Bangunan Kedai Lama Miri di sebuah hotel di Miri malam kelmarin.
BERSATU: Dr Chan (tengah kiri) dan Sim (tengah kanan) diapit Lee di sebelah kiri dan Ting di sebelah kanan serta tetamu kehormat lain pada Majlis Makan Malam Bersama Pemilik Bangunan Kedai Lama Miri di sebuah hotel di Miri malam kelmarin.
 ??  ?? TUNAI JANJI: Chih Yong (empat kiri), Lu (tiga kanan) dan Tung (empat kanan) bersama Kelvin (lima kiri) menunjukka­n surat perjanjian di Sibu, semalam. Turut kelihatan Chieng (tiga kiri) Chih Yong (lima kanan) serta yang lain.
TUNAI JANJI: Chih Yong (empat kiri), Lu (tiga kanan) dan Tung (empat kanan) bersama Kelvin (lima kiri) menunjukka­n surat perjanjian di Sibu, semalam. Turut kelihatan Chieng (tiga kiri) Chih Yong (lima kanan) serta yang lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia