Utusan Borneo (Sarawak)

Calon PKR yakin sokong kuat di Lawas

-

LAWAS: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Lawas Danny Piri yakin sokongan terhadap parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini masih kuat di daerah ini.

Menurutnya, masyarakat di sini menunjukka­n mereka memberi sokongan kepada PKR.

“Semasa berkempen, saya melihat ramai pengundi mahu mengundi PKR.

“Mereka mahukan perubahan kerajaan agar pembanguna­n dapat diuruskan dengan baik di Lawas.

“Apa yang dapat saya kongsi melalui kempen beberapa hari lalu lebih banyak perbezaan sekarang berbanding pilihan raya sebelum ini. “Masyarakat di Lawas lebih terbuka untuk menerima PKR,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Danny turut mendedahka­n antara isu besar memberi kesan kepada penduduk tem- patan di sini ialah pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Isu- isu lain termasuk ketidaksam­aan hak mengagihka­n peruntukan daripada kerajaan.

“Sesetengah bantuan kerajaan hanya diberikan kepada orang tertentu walhal lebih ramai lagi yang berhak menerimany­a,” ujar beliau.

Danny berkata isu air juga menjadi antara mimpi ngeri masyarakat di Lawas kerana terdapat sesetengah kawasan tidak memperoleh bekalan air bersih secukupnya.

“Jika ada pun sambungan paip air ke kawasan kampung tertentu hanya air kelihatan kotor dan susah untuk digunakan,” katanya.

Danny mengakhiri kempennya pada PRU14 ini petang kelmarin selepas seminggu memasuki kawasan paling terpencil hingga ke pekan untik meraih undi pemilih di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia