Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Cina perlu bersatu lindungi kepentinga­n sendiri

-

MIRI: Masyarakat Cina digesa supaya bersatu untuk membina satu kekuatan yang dapat dijadikan benteng untuk melindungi kepentinga­n masyarakat mereka dan rakyat Sarawak secara keseluruha­nnya.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, perkara ini penting kerana hanya dengan kekuatan, segala anasir negatif akan dapat ditangkis.

Katanya, walaupun banyak khabar angin tentang isu perkauman telah dibangkitk­an sepanjang tempoh berkempen ini, namun terpulang kepada masyarakat setempat itu sendiri untuk menentukan kesahihan khabar angin tersebut berdasarka­n penilaian mereka sendiri.

“Ada kata- kata mengatakan bahawa masyarakat Cina tidak akan dapat bersatu, namun selagi saya berada di sini sebagai seorang pengamal perubatan tempatan dan juga bekas ahli politik, saya tidak mahu melihat kata-kata itu menjadi kenyataan kerana saya percaya masyarakat Cina memang dapat bersatu.

“Sering kita lihat, masyarakat Cina seolah-olah tidak peduli dengan apa yang berlaku di persekitar­an mereka dan meneruskan rutin har- ian masing-masing seperti biasa.

“Namun apabila sesuatu yang besar berlaku dan menyakiti mereka, nescaya suatu hari mereka akan berkumpul dan bangkit bersatu untuk menepis anasir-anasir negatif tersebut,” katanya.

Dr Chan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemilik Bangunan Rumah Kedai Lama Miri di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Miri (MCCCI) Lee Khoi Yun, Penyelia Jawatankua­sa Dana Bangunan Rumah Kedai Lama Bandar Miri Lee Choon Seng, Pengerusi Kehormat MCCCI Datuk Sim Hock Guan dan Temenggung Datuk Seri Lee Sie Tong.

Dalam pada itu, menyentuh tentang Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan diangkat sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, beliau berkata bahawa Sarawak pernah diabaikan oleh Dr Mahathir.

“Selama beberapa dekad, Sarawak diabaikan oleh Dr Mahathir, malah beliau juga pernah menghancur­kan dan mengambil apa yang kita ada untuk membangunk­an Malaysia Barat.

“Kita sudah cukup dibuli dan kini telah tiba masanya untuk kita melawan,” ujarnya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis sama, Sebastian berjanji akan mengotakan segala janjinya selain tidak mahu digelar sebagai ‘Ahli Parlimen tidur’ kerana gaji yang diterimany­a adalah dibayar oleh rakyat.

“Orang kata saya seorang yang baik. Tetapi harus saya tekankan bahawa saya adalah seorang yang baik yang dapat melakukan dan bersedia memenuhi tanggungja­wab saya untuk rakyat.

“Pada tahun 2016, rakyat memilih saya untuk mewakili mereka di kabinet Sarawak, untuk menyuaraka­n masalah dan isu mereka.

“Mereka adalah orang yang memberi saya peluang dan mereka juga yang membayar gaji saya,” katanya.

Begitu juga kata Sebastian, sekiranya beliau dipilih ke Parlimen, beliau akan berusaha untuk pergi lebih jauh demi mendukung aspirasi dan menjadi suara rakyat di Dewan Parlimen kelak.

Mengenai slogannya yang berbunyi ‘ Miri Kita, Pengabadia­n Saya’, beliau menegaskan bahawa pada dasarnya ia memetakan semua perkara yang hendak dilakukann­ya untuk Miri kerana Miri telah kehilangan lima tahun pembanguna­n.

“Berilah saya peluang untuk melakukan yang terbaik buat Miri dan saya tidak akan membiarkan penduduk Miri berasa malu dan rendah diri,” katanya.

Pada majlis sama yang dihadiri lebih 600 tetamu terdiri daripada pemilik bangunan rumah kedai lama, Lee turut mengambil peluang untuk berkongsi analisis PRU14 dengan menekankan bahawa pilihan raya adalah tentang Sarawak itu sendiri, bukannya apa yang dipromosik­an parti politik dari Malaysia Barat.

“Nescaya dengan memenangi pilihan raya ini, kita mempunyai senjata yang terbaik untuk tawar-menawar dengan persekutua­n.

“Kita sedang berjuang untuk mengembali­kan hakhak kita yang telah terhakis sejak beberapa dekad lalu dan inilah masa untuk kita mengembali­kannya semula,” ujar beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia