Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan fitnah SPR, PDRM: Ahmad

-

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak agar tidak memfitnah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang menjalanka­n tugas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau menegaskan bahawa semua anggota dan pegawai SPR dan PDRM tahu dan mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk PRU14.

“Jangan membuat fitnah yang peti undi telah dibuka. Polis dan SPR tahu peraturan bahawa peti undi tidak boleh dibuka (sehingga berakhirny­a tempoh pengundian).

“Ia hanya boleh dibuka selepas pengundian pada 9 Mei nanti,” katanya sambil menyangkal dakwaan calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Hutan Melintang, G. Manivanan, berhubung pengundian awam itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian semasa ditanya mengenai dakwaan Manivanan kononnya pengiraan pengundian awal Parlimen P.075 Bagan Datuk dilakukan selepas berakhirny­a tempoh mengundi itu Sabtu lepas.

“Dia (Manivanan) sengaja buat onah kerana dia mahu meraih simpati,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n ‘ Program Back2Schoo­l: Pelestaria­n Kebun’ di Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah di sini.

Ahmad Zahid juga menempelak tindakan Manivanan yang mendakwa timbalan perdana menteri mendapat sambutan yang baik ketika keretanya masuk ke balai polis

“Kononnya saya yang mengarahka­n...saya tidak berada di balai polis seperti didakwanya. Saya berada di tempat lain. Jangan cuba buat fitnah dalam perkara ini. Kita tunggu siasatan,” katanya.

Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada Manivanan agar tidak memecahbel­ahkan masyarakat Bagan Datuk dengan melempar fitnah dan tohmahan.

“Jangan buat kerenah dan onah. Jangan rosakkan dan memecahbel­ahkan masyarakat di Bagan Datuk,” katanya.

Ahmad Zahid juga menyaranka­n mereka yang mahu berkempen di kawasan Bagan Datuk agar menghormat­i budaya dan tataetika yang diamalkan di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia