Utusan Borneo (Sarawak)

Terlalu banyak isu tular sedangkan semua proses pilihan raya dipantau oleh ejen-ejen

-

SEPANG: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) meminta ejen-ejen calon yang bertugas pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) supaya membuat laporan yang adil kepada parti masing-masing mengenai proses pilihan raya itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata terlalu banyak isu yang ditularkan di media sosial mengenai penjalanan pilihan raya sedangkan semua proses itu dipantau oleh ejen-ejen yang dilantik sendiri oleh calon dan parti politik yang bertanding.

“Sama seperti 5 Mei lepas pada hari pengundian awal, pelbagai perkara ditularkan. Jadi, saya minta supaya ejen- ejen memaklumka­n kepada parti masing-masing mengenai penjalanan pilihan raya di tempat mereka bertugas dengan seadil-adilnya. Jangan buat cerita tidak tentu pasal.

“Jika parti politik merasakan ada masalah di tempat tertentu mereka boleh menghubung­i ejen mereka bagi mendapatka­n kepastian,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pemerhati antarabang­sa di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Mohd Hashim berkata peranan ejen-ejen calon dan parti politik yang bertugas pada setiap pilihan raya adalah sangat penting memandangk­an mereka adalah orang yang setia kepada parti politik masing-masing.

“SPR bukan parti politik dan hanya diberi peranan untuk menguruska­n pilihan raya dengan seadil dan setelus mungkin. Kita sedaya upaya berusaha untuk membuat yang terbaik, itu keazaman kita,” kata Mohd Hashim.

Dalam kenyataan sebelum ini, beliau berkata urusan penjalanan PRU14 akan dipantau oleh lebih 200,000 ejen calon atau parti politik yang bertanding.

Mereka dibahagika­n kepada beberapa kategori iaitu ejen pilihan raya, ejen barung semakan, ejen tempat mengundi, ejen mengira undi, ejen pengeluara­n undi pos, ejen pembukaan sampul undi pos dan ejen pengiraan kertas undi pos.

Dalam pada itu, Mohd Hashim menasihatk­an orang ramai khususnya pengundi supaya tidak mudah percaya dengan mesej-mesej mengenai PRU14 yang ditularkan di media sosial atau melalui aplikasi WhatsApp yang kebanyakan­nya direka untuk mengeliruk­an mereka.

“Ia mungkin satu daripada strategi pilihan raya oleh pihak tertentu. Kadang-kadang ia boleh mempengaru­hi (pengundi),” katanya.

Terbaharu, Mohd Hashim berkata terdapat mesej tular berkenaan cara- cara menanda kertas undi dan etika berpakaian ke pusat mengundi yang tidak pernah dikeluarka­n oleh SPR.

“Kita tidak ajar pangkah kertas undi secara spesifik dengan dari satu sudut ke satu sudut mesti sempurna dan ada yang kata mesti guna pembaris. Itu tidak betul.

“Kita tidaklah tegas mengenai cara menanda kertas. Begitu juga dengan etika pakaian, kita tidak pernah keluarkan,” jelasnya.

Terdahulu, Mohd Hashim menyambut ketibaan pemerhati antarabang­sa dari Thailand dan India yang menaiki penerbanga­n dari Bangkok pada jam 12.15 tengah hari semalam.

Mereka adalah kumpulan kedua pemerhati antarabang­sa yang tiba di Malaysia bagi memantau proses PRU14 pada Rabu ini. Kumpulan pertama dari Maldives tiba di KLIA pada 7.20 pagi semalam. — Bernama

Sama seperti 5 Mei lepas pada hari pengundian awal, pelbagai perkara ditularkan. Jadi, saya minta supaya ejenejen memaklumka­n kepada parti masingmasi­ng mengenai penjalanan pilihan raya di tempat mereka bertugas dengan seadil-adilnya. Jangan buat cerita tidak tentu pasal. Tan Sri Mohd Hashim Abdullah Pengerusi SPR

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia