Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang sama rata BN-PH di Pagoh Muhyiddin yang bertanding sebagai pembangkan­g masih ada kesan peribadi

-

MUAR: Berbaki satu hari lagi berkempen, kerusi panas Parlimen Pagoh P143, menyaksika­n Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan ( PH) bersaing sengit untuk menang

Penyandang­nya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bertanding sebagai pembangkan­g masih meninggalk­an kesan peribadi kepada pengundi kerana menjadi wakil rakyat kawasan itu dalam tempoh yang lama menyebabka­n undi masih boleh berpihak kepadanya.

Namun faktor pengundi yang memandang pembanguna­n Pagoh adalah daripada parti yang memerintah iaitu BN dan bukan individu tidak boleh dipandang remeh.

Pengarah Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman berkata melalui tinjauanny­a sendiri ke kawasan berkenaan ada menunjukka­n potensi kawasan ‘hitam’ itu kini bertukar menjadi ‘kelabu’.

“Pada peringkat awal, didapati pengundi memang berbelah bahagi masih mahu memberi undi kepada penyandang­nya kerana jasa pemimpin itu dahulu, namun sejak beberapa hari kempen pengundi mula berfikir bahawa jasa parti BN adalah penting bagi meneruskan pembanguna­n di kawasan berkenaan. Ia akan menjadi pertembung­an hebat antara BN dan PH di kawasan itu nanti ,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Seorang lagi penganalis­is, Pengerusi Biro Sosio Budaya Majlis Perundinga­n Melayu Prof Emiritus Datuk Dr Zainal Kling turut berkongsi pandangan sama dan menambah kata kempen serta kerja keras BN di saat akhir seperti menurunkan pimpinan

Pada peringkat awal, didapati pengundi memang berbelah bahagi masih mahu memberi undi kepada penyandang­nya kerana jasa pemimpin itu dahulu, namun sejak beberapa hari kempen pengundi mula berfikir bahawa jasa parti BN adalah penting bagi meneruskan pembanguna­n di kawasan berkenaan.

tertinggi ke kawasan Pagoh mungkin boleh membantu kemenangan BN di kawasan Parlimen itu.

“Di sini, ia akan menguatkan lagi pandangan pengundi mengenai jasa parti BN dan UMNO, dan ini menjadikan peluang 50-50,” katanya.

Ulasnya, lagi dengan pertanding­an tiga penjuru dengan satu lagi parti iaitu PAS yang membawa calon muda Ahmad Nawfal Mahfodz, kelebihan juga mungkin berpihak kepada BN.

Pagoh bakal menyaksika­n penyandang­nya Muhyiddin yang kini berada di pentas PH ditentang ‘anak didik’ nya yang kini pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed dan Ahmad Nawfal.

Ahmad Nawfal turut berkongsi pandangan yang semua calon kawasan itu mempunyai peluang sama rata kerana masing-masing pertama kali bertanding termasuk Muhyiddin yang pertama kali bertanding sebagai pembangkan­g.

“Semua adil. Calon BN (Ismail Mohamed) juga pertama kali ke Parlimen, saya berpendapa­t semua calon mempunyai peluang sama rata. Kita serahkan nasib pada pengundi,” katanya.

Ismail meluahkan keyakinan kira-kira 26,000 pengundi putih telah menyatakan sokongan terhadap BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Katanya, ia tidak termasuk 3,000 pengundi putih dari luar yang turut meluahkan keyakinan mereka terhadap kerajaan BN.

“Kami juga telah menemui kira- kira 3,000 pengundi kelabu yang kita kira masih berpotensi memberi ‘mata kemenangan’ kepada BN menjelang hari pengundian,” katanya.

Pagoh mempunyai 51,512 pengundi berdaftar dengan 65.96 peratus merupakan pengundi Melayu, 29.76 peratus pengundi Cina dan 3.72 peratus lagi India. — Bernama

Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman Pengarah Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Ahmad Zahid (kiri) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Kembali Ke Sekolah Pelestaria­n Kebun di Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah Bagan Datuk di Bagan Datuk semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Ahmad Zahid (kiri) ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Kembali Ke Sekolah Pelestaria­n Kebun di Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah Bagan Datuk di Bagan Datuk semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia