Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan terhadap calon BN amat luar biasa: TPM

-

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatka­n sambutan rakyat terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) amat luar biasa.

Timbalan Pengerusi BN itu yang juga berkempen untuk calon BN di kawasan parlimen lain berkata sambutan rakyat kepada calon-calon BN meningkat dengan luar biasa berbanding PRU12 dan PRU13.

“Dari Perlis hingga ke Johor, kita lihat ada gelombang untuk memberikan sokongan besar kepada BN. Kita lihat di Pantai Timur akan ada perubahan. Perubahan positif ini dapat dirasakan.

“Apa yang kita lihat ini ( sambutan luar biasa) telah merisaukan pihak lawan. Maka mereka menggunaka­n pelbagai taktik termasuk kejutan serangan saat akhir kepada BN khususnya tertumpu kepada perdana menteri.

“Saya berharap ia dapat diterjemah­kan kepada undi pada 9 Mei nanti,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sebelum itu, Ahmad Zahid melancarka­n ‘Program Back2Schoo­l: Pelestaria­n Kebun’ di Sekolah Kebangsaan Sg Nipah di sini.

Beliau berkata sambutan rakyat di Sabah dan Sarawak, termasuk di kawasan pedalaman juga memberangs­angkan.

“Saya yakin menyatakan ini kerana saya melihat dengan mata kepala saya sendiri terhadap sambutan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Sabah juga melihat sambutan yang menggalakk­an ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata walaupun di media sosial telah memperliha­tkan seolaholah kemenangan berpihak kepada pembangkan­g tetapi realitinya majoriti senyap adalah bersama BN.

“Ketularan di media sosial adalah kerana program dan perhimpuna­n (pembangkan­g) tertumpu di kawasan bandar tetapi kita tahu 70 peratus kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen ada di luar bandar.

Ahmad Zahid menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya para pengundi jangan percaya dengan berita palsu, berita tidak benar dan kempen- kempen perang saraf pembangkan­g yang kini kehilangan punca.

“Saya berharap apabila (berlaku) penolakan kepada mereka ( pembangkan­g), kita harus istiqamah dan yakin dengan pegangan kita untuk memberi dukungan kepada semua calon BN. Ini harus diteruskan sehingga tamat 5 petang pada Hari Pengundian 9 Mei,” katanya.

Pada majlis pelancaran Program Back2Schoo­l: Pelestaria­n Kebun anjuran Yayasan Kemanusiaa­n Muslim Aid Malaysia, seramai 60 pelajar menjadi ahli perintis kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah- sekolah sekitar sini.

Pelajar-pelajar akan diberi pendedahan penjagaan dan pemelihara­an alam sekitar, terutama hutan bakau yang banyak terdapat di daerah ini.

Sebanyak 20 sekolah dikenal pasti akan mengambil bahagian di bawah program itu yang dilaksanak­an dari Jun 2017 hingga Mei 2019. — Bernama KLANG: Kesemua pemimpin Hindu di negara ini menggesa kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Rabu ini memenuhi tiga tuntutan utama penganut agama itu dalam masa 30 hari pentadbira­nnya.

Presiden Majlis Hindu Dunia Malaysia V.K Regu, yang mewakili para pemimpin itu, berkata tuntutan pertama ialah mewujudkan pendidikan formal agama Hindu bagi menggantik­an mata pelajaran moral di semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

“Kami dapati ia merupakan kaedah berkesan bagi menangani isu keganasan dan masalah sosial dalam kalangan belia India.

“Kelas agama perlu diadakan bagi pelajar India seperti yang diikuti pelajar Islam sekarang,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri perbincang­an tentang agenda penganut agama Hindu Malaysia di sini malam kelmarin.

Tuntutan itu diluluskan para wakil daripada pertu- buhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan agama Hindu iaitu Malaysia Hindu Sangam, Malaysia Hindu Sevai Sangam dan Majlis Belia Hindu Malaysia.

Regu berkata tuntutan kedua ialah kerajaan perlu mengkaji penubuhan sekolah menengah Tamil berasaskan pendidikan vokasional bagi menangani isu keciciran pelajar India di peringkat sekolah menengah.

“Tuntutan ketiga pula ialah kami mahu kadar guna tenaga sebanyak tujuh peratus disediakan untuk masyarakat India di setiap peringkat jawatan dalam semua syarikat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Masyarakat­Hindumembe­ri komitmen untuk menyokong dan mengundi mana-mana parti yang memasukkan tiga tuntutan itu ke dalam manifesto mereka bagi PRU14,” katanya serta menegaskan bahawa perkara itu merupakan isu mendesak melibatkan masyarakat India di negara ini yang perlu diatasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia