Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi muda boleh tukar angin dalam sekelip mata

-

KUALA LUMPUR: Caloncalon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) harus bijak mengawal pemikiran dan emosi pengundi terutamany­a dalam kalangan golongan muda kerana mereka boleh ‘bertukar angin’ dalam sekelip mata.

Pakar Geostrateg­i Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata cara pemikiran pengundi muda pada masa kini agak berlainan.

“Misalnya, pernah ada satu ketika sekumpulan anak muda dalam perjalanan ke pusat pengundian ditahan polis kerana kesalahan remeh, akibat daripada tidak puas hati keputusan undi mereka telah berubah kerana mengaitkan polis dengan kerajaan.

“Hal ini kerana kaitan mereka dengan parti-parti politik tidak kuat, mereka tidak memahami sepenuhnya sejarah dan latar belakang sesebuah parti, ditambah pula dengan pengaruh media sosial yang menyebabka­n mereka dikategori­kan sebagai ‘pengundi atas pagar’ yang membuat keputusan secara emosi,” katanya ketika menjadi tetamu program ‘Nine11’ Bernama News Channel, di sini, semalam.

Katanya, mana-mana calon dan parti politik terutamany­a calon- calon muda mereka perlu menyampaik­an mesej kepada pengundi muda supaya membuat keputusan dengan bijak.

“Calon muka baharu dan muda ini sebenarnya banyak kelebihan apabila mereka dipilih sebagai calon kerana mereka memahami pemikiran generasi mereka. Pengundi muda juga senang untuk memahami mesej yang disampaika­n oleh calon muda.

“Pengundi muda perlu diingatkan PRU ini bukan satu permainan, keputusan walaupun satu undi sekalipun akan mengubah hala tuju dan masa depan negara. Itulah sebab tanggungja­wab pengundi ibarat ‘ibu’ segala PRU,” katanya.

Azmi berkata bagi memastikan permahaman dan sokongan padu daripada pengundi, calon-calon haruslah bijak menghujahk­an dasar dan manifesto mereka kepada umum ketika berkempen.

“Sangat sedih apabila trend berkempen pilihan raya pada masa sekarang banyak memainkan isu-isu sensasi, yang mana ia mungkin dapat menarik perhatian pengundi kerana mereka suka mendengar tetapi ia membangkit­kan dan memainkan emosi pengundi.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia