Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak bantuan untuk nelayan, pesawah jika BN menang

-

DUNGUN: Lebih banyak bantuan akan disalurkan kepada 54,000 nelayan dan 300,000 pesawah seluruh negara sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perdana menteri amat prihatin dan mengambil berat mengenai nasib yang dihadapi golongan nelayan dan pesawah.

“Bila saya utarakan tentang nasib pesawah dan nelayan kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) saya lihat ada perasaan empati pada beliau yang sangat mendalam terhadap golongan ini.

“Hinggakan baru- baru ini, bila kita umum bantuan RM200 selama tiga bulan kepada pesawah, perdana menteri risau jumlah itu tidak mencukupi.

“Saya katakan kepada beliau, perbelanja­an untuk nelayan dan pesawah ini sangat besar, kita berikan RM200 dahulu...namun Datuk Seri Najib kata beliau akan cuba cari lagi (peruntukan) untuk ditambah (jumlah bantuan) kepada dua golongan ini agar mereka juga tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n negara,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis ramah mesra bersama menteri pertanian dan industri asas tani serta penyampaia­n bantuan kepada nelayan Dungun di sini.

Turut hadir ialah calon BN di kerusi Parlimen Dungun, Datuk Din Adam; calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, Datuk Zainun Abu Bakar dan calon BN bagi DUN Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery yang juga calon BN di kerusi Parlimen Kemaman berkata beliau perlu memberitah­u golongan nelayan bahawa ada risiko besar sekiranya memilih pakatan pembangkan­g diketuai Tun Mahathir Mohammad pada pilihan raya umum kali ini.

“Pada zaman dia perintah, tiada bajet khas untuk golongan nelayan (dan pesawah).

“Kita bimbang dengan nasib nelayan dan pesawah, ini kerana mereka (pembangkan­g) nak hapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) tetapi pada masa sama semua nak beri percuma, tol percuma, ( Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) PTPTN percuma, jadi ada kemungkina­n elaun sara hidup kepada golongan ini akan dikurangka­n atau ditarik balik untuk digunakan bagi projek kerajaan yang lain,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANYA KHABAR: Ahmad Shabery bertanya khabar kepada peniaga Pasar Besar Dungun Azlin Hashim (duduk) yang patah kaki kiri akibat kemalangan jalan raya ketika meluangkan masa beramah mesra ketika berkempen pada Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Dungun di...
— Gambar Bernama TANYA KHABAR: Ahmad Shabery bertanya khabar kepada peniaga Pasar Besar Dungun Azlin Hashim (duduk) yang patah kaki kiri akibat kemalangan jalan raya ketika meluangkan masa beramah mesra ketika berkempen pada Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Dungun di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia