Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal ‘ratah’ Burnley pada penampilan terakhir Wenger di Emirates

-

LONDON, England: “Saya akan merindui kamu,” kata Arsene Wenger kepada penyokong Arsenal selepas mendapat penghormat­an terbaik pada perlawanan terakhir beliau di Stadium Emirates selepas 22 tahun membimbing kelab apabila pasukannya membelasah Burnley 5- 0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Pada hari dipenuhi dengan penghargaa­n dan pujian kepada pengurus dari Perancis itu, dengan kedua-dua pasukan membentuk barisan hormat untuk Wenger sebelum sepak mula dengan sorakan “hanya ada seorang Arsene Wenger”.

Sekitar 60,000 penonton di Emirates – berbeza dengan perlawanan liga sebelum ini di mana penyokong tidak hadir ke stadium kerana tidak berpuas hati dengan prestasi buruk kelab musim ini – penyokong hadir dengan baju bertulis ‘Merci Arsene’ atau ‘Terima Kasih Arsene’ dalam bahasa Perancis.

“Terima kasih kerana menerima saya begitu lama. Saya tahu ia bukan mudah tetapi apa pun, saya seperti anda, saya penyokong Arsenal,” kata Wenger selepas satu majlis sebaik sahaja selesai perlawanan.

“Saya mahu menamatkan­nya dengan satu perkataan mudah: saya akan merindui kami. Terima kasih kerana menjadi satu bahagian penting dalam kehidupan saya.”

Wenger memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan satu rekod tujuh Piala FA. Kemuncak kejayaan beliau ialah pada musim 2003/2004 apabila Arsenal memenangi liga tanpa tewas satu perlawanan.

Beliau menerima trofi istimewa dari kelab di atas pencapaian itu selepas perlawanan oleh dua bintang legenda Arsenal, Bob Wilson dan Pat Rice, yang pernah bekerja sebagai kakitangan kejurulati­han Wenger untuk beberapa tahun.

Musim “tak terkalah” adalah kali terakhir Arsenal memenangi kejuaraan liga dengan penyokong mulai bosan dan hilang sabar dengan kegagalan kelab bersaing kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

“Ia bermakna bahawa walaupun jika saya tidak sentiasa gembira, mereka masih menghormat­i saya dan mahu menunjukka­n sekurangku­rangnya saya memberikan sepenuh komitmen untuk melakukan yang terbaik,” kata Wenger.

Kekalahan kepada Atletico Madrid pada perlawanan separuh akhir Liga Europa Khamis lalu bermakna Arsenal terlepas peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut.

Tetapi mereka bangkit bergaya untuk memastikan mereka menamatkan saingan liga di tangga keenam dalam liga, di hadapan Burnley.

Arsenal membuka jaringan menerusi gol Pierre-Emerick Aubameyang dari umpanan Alexandre Lacazette pada minit ke-14.

Burnley sudah mengesahka­n kelayakan ke Eropah buat kali pertama dalam tem[oh 51 tahun selepas menamatkan saingan liga di tangga ketujuh tetapi dengan hanya tiga mata memisahkan kedua-dua pasukan sebelum sepak mula perlawanan, Burnley mengintai peluang untuk menamatkan liga di hadapan Arsenal.

Namun impian Burnley tidak kesampaian apabila Lacazette menambah jaringan beberapa saat sebelum rehat.

Sead Kolasinac menjaringk­an gol ketiga sembilan minit selepas rehat dari umpanan Jack Wilshere sebelum Alex Iwobi menjaringk­an gol keempat dan Aubameyang melengkapk­an jaringan pada minit akhir. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LAMBAIAN TERAKHIR: Wenger (tengah) melambai ke arah penyokong ketika berjalan mengelilin­gi stadium selepas tamat perlawanan liga di Emirates, London Ahad lepas.
— Gambar AFP LAMBAIAN TERAKHIR: Wenger (tengah) melambai ke arah penyokong ketika berjalan mengelilin­gi stadium selepas tamat perlawanan liga di Emirates, London Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia