Utusan Borneo (Sarawak)

Cipta rekod baharu, pertahan kejuaraan liga membangkit­kan inspirasi Guardiola

-

mereka gagal menamatkan saingan liga di empat tangga teratas, Liverpool boleh kembali ke Liga Juara- Juara jika m e n e w a s k a n Real Madrid di final kejohanan musim ini pada 26 Mei. “A p a b i l a saya bangun d a n boleh membuat persediaan untuk final (Liga Juara-Juara). Adakah saya fikir ia akan berlaku? Saya tidak pasti,” kata Klopp. “Chelsea harus menang juga. Kami bermain di tempat sendiri pada perlawanan terakhir, mereka bermain di Newcastle. Ia bukan seperti satu percutian bagi saya. “Menentang Brighton adalah perlawanan sangat penting untuk kami tetapi kami pernah berdepan dengan mereka sebelum ini dan mereka juga bukan pasukan mudah.”

Klopp juga mengkritik penyerangn­ya, Mohamed Salah kerana sengaja menjatuhka­n diri, menyebabka­n beliau menerima kad kuning. “Ia bukan apa yang saya mahu lihat dan bukan apa yang beliau mahu lakukan,” kata Klopp. L i v - e r p o o l bermula d e n g a n meyakinkan dan Roberto Firmino menguji penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois dengan satu rembatan cantik. Sadio Mane juga memaksa Courtois beraksi tangkas sebelum menepis satu tandukan jarak dekat Virgil van Dijk ketika Liverpool menguasai awal permainan. Tetapi walaupun asakan demi asakan dari Liverpool, satu serangan pantas Chelsea berakhir dengan gol tandukan Giroud pada minit ke-32 dari umpanan Victor Moses. — AFP MANCHESTER, England: Pep Guardiola meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang pertama beliau selepas pasukannya, Manchester City diikat tanpa jaringan oleh Huddersfie­ld Town di Stadium Etihad Ahad lepas sebelum mengalihka­n perhatian segera untuk mempertaha­nkan kejuaraan musim hadapan.

Guardiola membawa tujuh kakitangan kejurulati­han beliau menaiki podium untuk sidang media selepas perlawanan, satu simbol perhubunga­n rapat dalam kumpulan yang merancang salah satu penguasaan penuh liga dalam sejarah.

W a l a u p u n g a g a l menewaskan Huddersfie­ld, kelab bergelut di bawahan liga, City masih mempunyai baki dua perlawanan di mana mereka boleh mencipta rekod baharu untuk jumlah kemenangan, mata dan gol terbanyak dalam satu musim.

Ia adalah sasaran yang membangkit­kan inspirasi Guardiola dan juga prospek untuk cuba memenangi liga sekali lagi musim hadapan.

“Kami tidak dapat menafikann­ya di mana ia pastinya menarik untuk mencipta rekod tetapi ia lebih menarik untuk memenangi Liga Perdana,” kata Guardiola.

“Kami bercakap mengenainy­a, sasaran ini membantu untuk terus fokus, kami mencuba dan ia sangat sukar,” tambah beliau.

“Ia kelihatan mudah apabila anda harus memenangi perlawanan tetapi musim hadapan, ia lebih sukar. Mereka semua mahu menewaskan kami dan kami harus sentiasa fokus. Kami harus memahami betapa sukarnya musim hadapan.”

Guardiola hanya tinggal satu musim dari baki kontrak tiga tahun yang ditandatan­gani pada 2016.

Beliau berkata sebelum perlawanan Ahad lepas di mana beliau tidak terburubur­u untuk menandatan­gani kontrak baharu tetapi selepas membimbing City memenangi kejuaraan liga yang ketiga sejak 2012, Guardiola menegaskan beliau berasa gembira di Manchester.

“Saya berasa sangat selesa di sini, kami berasa disayangi,” kata beliau.

Selepas mengesahka­n kejuaraan liga tiga minggu sebelum itu apabila West Brom menewaskan Manchester United, City terpaksa menunggu sehingga perlawanan Ahad lepas untuk menerima trofi kejuaraan.

Pelbagai acara diadakan sebelum perlawanan, termasuk dari skuad yang menang pada 1968 sebelum Huddersfie­ld mempamerka­n aksi bertahan untuk menjejaska­n kegembiraa­n City. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia