Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan Giroud kekalkan peluang Chelsea buru empat tangga teratas liga dengan benam Liverpool 1-0

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte memberi amaran kepada pesaing untuk empat tangga teratas liga di mana pasukannya akan terus memberi tekanan untuk memburu kelayakan ke Liga JuaraJuara.

Olivier Giroud mengekalka­n peluang Chelsea untuk memburu empat tangga teratas liga apabila menjaringk­an gol tunggal kemenangan untuk menewaskan Liverpool 1-0.

Tandukan Giroud dalam separuh masa pertama di Stamford Bridge membolehka­n Chelsea – di tangga kelima liga – kini kurang dua mata di belakang pasukan di hadapannya, Tottenham Hotspur untuk saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara.

“Biasanya, apabila anda bermain satu perlawanan harus menang, ia bukan mudah kerana kebiasaann­ya keadaan menjadi sukar,” kata Conte.

“Kami mempunyai keazaman untuk menang, untuk mengekalka­n impian memburu kelayakan ke Liga JuaraJuara.

“Saya tidak tahu jika ia mencukupi di akhir musim tetapi kami harus terus mencuba.”

Dalam satu penamat dramatik untuk saingan empat tangga teratas, Chelsea, yang kurang tiga mata di belakang Liverpool, menanti kunjungan Huddersfie­ld Rabu ini sementara Tottenham menentang Newcastle United, juga pada hari yang sama.

Pada perlawanan terakhir Ahad ini, Chelsea bertandang ke Newcastle United dan Tottenham menanti kunjungan Leicester.

“Ia penting untuk berdepan dengan situasi dengan rasa bangga dan menunjukka­n kami masih bersaing,” kata Conte.

“Mungkin satu bulan yang lalu, ia mustahil untuk membayangk­an kami akan tiba di akhir musim dengan masih bersaing untuk kelayakan Liga Juara-Juara. “Kami terus mencipta kemenangan dan lawan kami juga tercicir mata. Kami memberikan tekanan ke atas pasukan lain.” Ia adalah aksi domestik mengecewak­an buat Liverpool selepas melangkah ke final Liga Juara-Juara dengan menewaskan AS Roma secara agre- gat di separuh akhir pada pertengaha­n minggu.

Dengan hanya satu kemenangan dari lima perlawanan liga terakhir, Liverpool (tangga ketiga), menjadikan status mereka di empat tangga teratas yang sebelum ini tidak penting, menjadi semakin penting.

“S a y a bencikeput­usan ini. Prestasi pasukan s u d a h cukup bagus untuk mendapatka­n s a t u mata tetapi kami tid- ak melakukan penyudah tepat,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. “Liverpool masih dijamin layak ke Liga Juara-Juara jika menewaskan Brighton di Anfield Ahad ini. W a l a u - punjika

 ?? — Gambar Reuters ?? TERJAH JARING: Giroud (dua kanan) menanduk gol tunggal perlawanan ketika membantu Chelsea menewaskan Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters TERJAH JARING: Giroud (dua kanan) menanduk gol tunggal perlawanan ketika membantu Chelsea menewaskan Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London pada Ahad lepas.
 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia