Utusan Borneo (Sarawak)

Juve perlu satu mata sahkan kejuaraan selepas Napoli diikat Torino 2-2

-

MILAN, Itali: Juventus secara dasarnya boleh disahkan juara Serie A Itali buat kali ketujuh berturut-turut selepas pencabar terdekatny­a, Napoli, diikat 2-2 oleh Torino Ahad lepas.

Juventus memiliki kelebihan enam mata di singahsana liga dengan berbaki dua perlawanan. Kedua- dua pasukan mempunyai rekod pertemuan yang sama tetapi Juventus jauh di hadapan berbanding perbezaan gol.

Juventus sekarang hanya perlu satu mata untuk secara rasmi dimahkotak­an sebagai juara liga dengan perlawanan menentang AS Roma di Stadio Olimpico dan menentang pasukan yang sudah tersingkir dari liga, Verona di Turin.

Torini bangkit dua kali dari ketinggala­n untuk membawa pulang satu mata dari pasukan Napoli yang memburu kejuaraan liga yang pertama sejak era Diego Maradona pada 1987 dan 1990.

“Kami bersaing untuk tempat teratas sehingga ke akhir musim,” kata jurulatih Napoli, Maurizio Sarri. “Pada akhirnya, kejuaraan ditentukan dengan perkara kecil.

“Kami melakukan segalagala yang kami mampu untuk mencabar Juventus tetapi secara amnya, mereka mempunyai sumber yang lebih banyak berbanding kami dan kami tidak dapat melakukan yang lebih banyak lagi dari apa yang sudah kami lakukan.”

“Kekesalan terbesar ialah kecederaan kepada (Faouzi) Ghoulam dan (Arek) Milik kerana kami kehilangan dua pemain yang sangat penting.”

Sarri berkata “titik perubahan sebenar” ialah gol kemenangan minit akhir Juventus ketika menewaskan Inter Milan selepas ketinggala­n 0-2 pada masa rehat.

“Dalam empat minit, kejuaraan Scudetto terlepas dari genggaman kami. Saat seperti itu boleh menentukan satu musim,” kata Sarri.

Suasana di Stadio San Paolo juga hambar dengan presiden kelab, Aurelio De Laurentiis menyalahka­n Sarri selepas tewas kepada Fiorentina minggu lepas.

Kemenangan terakhir Napoli ialah ke atas Juventus dua minggu lepas.

Dries Mertens meraikan ulang tahun kelahiran ke-31 dengan meletakkan Napoli di hadapan pada minit ke-25 sebelum kapten pasukan, Marek Hamsik dimasukkan dari bangku simpanan untuk menambah gol pada minit ke-71.

Daniele Baselli mengikat kedudukan buat Torino 10 minit selepas rehat sebelum Lorenzo de Silverstri mengikat kedudukan buat kali kedua tujuh minit sebelum tamat permainan.

Dengan Juventus dan Napoli mengesahka­n dua tangga teratas liga, Inter Milan menghidupk­an impian kelayakan ke Liga JuaraJuara dengan menewaskan Udinese 4-0 untuk kurang dua mata di belakang pasukan di tangga keempat – slot terakhir kelayakan ke Liga Juara- Juara, Lazio, yang diikat 1-1 oleh Atalanta.

AS Roma menjarakka­n kedudukan dari Lazio di tangga ketiga selepas menewaskan Cagliari 1-0.

Pada perlawanan lain, Chievo memintas kedudukan Udinese selepas kemenangan 2-1 ke atas Crotone. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia