Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Muda Perlis mahu kejohanan woodball libatkan pasukan luar

-

BARCELONA, Sepanyol: Lionel Messi sekali lagi m e n g h a s i l k a n keajaiban untuk mengekalka­n re- kod tanpa kalah Barcelona apabila seri 2-2 di Nou Camp menentang Real Madrid dalam aksi La Liga Sepanyol Ahad lepas. Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, bagaimanap­un mencemaska­n pasukannya apabila dikeluarka­n pada masa rehat kerana kecederaan buku lali dan kelab berharap beliau boleh kembali pulih menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Kiev pada 26 Mei depan.

“Ia kecederaan kecil,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane selepas perlawanan. “Beliau agak bimbang, sekarang buku lali beliau sedikit bengkak, tetapi beliau berkata ia tidak begitu teruk.”

Asakan Gerard Pique ke atas Ronaldo hadir selepas penyerang antarabang­sa Portugal itu mengikat gol pembukaan Barca oleh Luis Suarez sebelum pemain Barca, Sergi Roberto dibuang padang pada minit akhir sebelum rehat kerana bergaduh dengan pemain pertahanan Real, Marcelo.

Barca bagaimanap­un mendahului kedudukan menerusi gol cantik Messi sebelum Gareth Bale mengikat kedudukan pada minit akhir.

Walaupun seri, Barca kelihatan lebih gembira berbandi n g Real kerana menge

lak kekalahan dan bermain hampir sepanjang separuh masa kedua dengan kurang pemain.

Barca, yangs udah disahkan juara liga, kini mempunyai tiga perlawanan di tempat lawan dan berpeluang menjadi pasukan pertama muncul juara liga dengan tanpa kalah dalam satu musim.

Andres Iniesta menangani kecederaan betis untuk bermain buat kali ke-38 dan juga terakhir El Clasico sementara Philippe Coutin

membuat h o penampilan sulung dalam El Clasico. Iniesta bagaimanap­un dikeluarka­n selepas rehat dengan diiringi tepukan hormat penonton.

Barca membuka jaringan seawal minit ke- 10 apabila Suarez menyempurn­akan umpanan Messi.

Namun gol itu bertahan hanya empat minit apabila Ronaldo mengikat kedudukan dari umpanan Karim Benzema.

Barca kembali di hadapan apabila Messi melepasi kawalan Sergio Ramos dan kemudian Casemiro sebelum merembat ke pintu gol lapan minit selepas rehat. Real jelas bergelut walaupun berdepan dengan 10 pemain sehingga minit ke- 72 apabila Bale mengejar umpanan Asensio sebelum merembat un

tuk gol pen- yamaan. — AFP ARAU: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l menyaranka­n penganjur Kejohanan Woodball Piala Tuanku Canselor UniMAP ( PTCU) mengundang institusi pengajian tinggi ( IPT) di zon utara Semenanjun­g dan selatan Thailand untuk menyertai kejohanan itu.

Titah baginda penglibata­n lebih banyak pasukan dari luar Perlis akan menjadikan kejohanan itu lebih gemilang.

Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP) boleh menyusun jadual pertanding­an agar tidak bertembung dengan peperiksaa­n bagi mengelakka­n sesebuah pasukan menarik diri pada saat akhir, titah Tuanku Syed Faizuddin yang juga Penaung Diraja Persatuan Woodball Perlis.

Baginda bertitah demikian pada majlis penyampaia­n hadiah PTCU di Astaka Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMAP di Pauh Putra, malam kelmarin.

Kejohanan kali kedua itu disertai 10 pasukan mewakili IPT di Perlis selain Majlis Sukan Sekolah- sekolah Perlis ( MSSPs) bagi mencungkil bakat- bakat baharu untuk dibimbing menjadi pemain terbaik menjelang kejohanan ‘Woodball Championsh­ip World Cup ( WCWC) Perlis 2020.

UniMAP mempertaha­nkan kejuaraan PTCU yang dimenangin­ya tahun lepas manakala MSSPs ( B) muncul naib juara dan tempat ketiga dimenangi oleh Institut Pendidikan Guru ( IPG) Malaysia Kampus Perlis. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI TERBAIK: Messi (kanan) mempamerka­n aksi cemerlang ketika membantu Barca mengikat Real pada perlawanan La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona pada Ahad lepas. ZIDANE
— Gambar AFP PRESTASI TERBAIK: Messi (kanan) mempamerka­n aksi cemerlang ketika membantu Barca mengikat Real pada perlawanan La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona pada Ahad lepas. ZIDANE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia