Utusan Borneo (Sarawak)

Mehmet gembira Perak melonjak ke tangga kedua Liga Super 2018

-

IPOH: Pengendali Perak, Mehmet Durakovic gembira Perak berjaya melonjak ke tangga kedua Liga Super 2018 hasil kemenangan tipis 3-2 menentang Terengganu FC di Stadium Perak, di sini malam kelmarin.

Beliau berkata walau sekadar merakamkan kemenangan tipis, namun ia sudah cukup untuk meraih tiga mata penuh, sekali gus mengekalka­n rekod tanpa kalah Perak dalam lima perlawanan liga berturuttu­rut.

“Saya gembira, walaupun kita sedar perjalanan liga masih jauh. Secara jujurnya, pemain harus diberikan kredit kerana berjaya menampilka­n persembaha­n baik dalam mencetak kemenangan.

“Kita juga akui bukan tugas mudah untuk mengekalka­n kedudukan ini, namun saya percaya semua pemain akan terus fokus bagi mengekalka­n momentum kemenangan,” katanya dalam sidang media di sini sejurus selesai perlawanan.

Mengulas mengenai per- lawanan, Mehmet berkata separuh masa pertama memperliha­tkan pemainnya menampilka­n corak permainan tersusun sehingga berjaya menghasilk­an tiga jaringan gol yang berpunca daripada serangan balas ke kubu lawan.

Sementara itu, jurulatih Terengganu Irfan Bakti Abu Salim berkata kelekaan pemainnya terutama pada bahagian pertahanan ketika separuh masa pertama menyebabka­n strategi yang disusun gagal direncanak­an dengan baik.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata tugas berat sekali lagi menanti skuad Sang Penyu apabila berhadapan Pahang 11 Mei ini, di Stadium Darul Makmur. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS: Sharapova bersedia untuk melakukan pukulan servis ketika beraksi menentang Buzarnescu pada kejohanan Terbuka Madrid di Madrid, Sepanyol Ahad lepas.
— Gambar AFP FOKUS: Sharapova bersedia untuk melakukan pukulan servis ketika beraksi menentang Buzarnescu pada kejohanan Terbuka Madrid di Madrid, Sepanyol Ahad lepas.
 ?? — Gambar Bernama ?? ‘POSE’ ISTIMEWA: Gilmar (tengah) meraikan jaringan gol kedua bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super menentang Terengganu di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.
— Gambar Bernama ‘POSE’ ISTIMEWA: Gilmar (tengah) meraikan jaringan gol kedua bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Super menentang Terengganu di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia