Utusan Borneo (Sarawak)

Sharapova ceria temui semula rentak kemenangan di permukaan tanah liat

-

MADRID, Sepanyol: Maria Sharapova muncul juara buat kali pertama sejak Terbuka Australia apabila menewaskan Mihaela Buzarnescu 6-4 dan 6-1 pada kejohanan Terbuka Madrid Ahad lepas.

Pemain dari Rusia itu bergelut dengan kecederaan lengan dan tewas empat perlawanan terakhir termasuk tewas di pusingan pertama di Stuttgart minggu lepas.

Buzarnescu, pemain dari Romania, melangkah ke final Terbuka Prague minggu lepas tetapi Sharapova, yang tidak diletakkan sebagai pemain pilihan, menguasai pertemuan pertama keduadua pemain.

Sharapova mendahului 52 pada set pertama sebelum Buzarnescu bangkit seketika pada dua permainan seterusnya.

Bagaimanap­un, ia tidak mencemaska­n Sharapova yang akhirnya menamatkan set pertama dengan kemenangan sebelum mengekalka­n rentak pada set kedua untuk menamatkan perlawanan dalam masa 82 minit.

Di pusingan kedua, beliau akan menentang seorang lagi pemain dari Romania, Irina- Camelia Begu, yang mengejutka­n pilihan kelima, Jelena Ostapenko.

Pada satu lagi pertemuan pemain Rusia dan Romania, pilihan pertama, Simona Halep, mudah menewaskan Ekaterina Makarova 6- 1 dan 6-0 untuk kemenangan ke-13 berturut-turut pada kejohanan ini.

“Saya fikir ia adalah satu perlawanan hebat. Saya bermain dengan sangat baik dan mungkin beliau tidak beraksi di tahap terbaik tetapi beliau sentiasa lawan yang sukar,” kata Halep.

Halep mempunyai masalah kecergasan di bahagian kaki dan tewas kepada CoCo Vandeweghe di pusingan kedua kejohanan di Stuttgart minggu lepas.

“Sekarang saya tidak mempunyai sebarang masalah. Saya mendapat banyak rawatan di bahagian kaki saya,” kata Halep.

Pada perlawanan lain, pemain ketiga dari Romania, Sorana Cirstea, juga meneruskan kemaraan dengan menewaskan Katerina Siniakova dari Republik Czech 6-4, 2-6 dan 6-4.

Dalam bahagian lelaki, pemain bukan pilihan dari Perancis, Richard Gasquet, menewaskan pemain pilihan ke- 14 dari Czech, Tomas Berdych 6-4 dan 6-2 sementara Denis Shapovalov dari Kanada menewaskan Tennys Sandgren dari Amerika Syarikat 6-1 dan 6-4. — AFP ESTORIL, Portugal: Pemain tuan rumah, Joao Sousa, dipaksa berhempas-pulas untuk menjadi pemain tuan rumah pertama memenangi kejohanan Terbuka Estoril selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat ( AS), Frances Tiafoe 6-4 dan 6-4 di sini Ahad lepas.

Sousa, 29, pemain ranking ke- 68 dunia, dipaksa meningkatk­an permainann­ya untuk menyelamat­kan mata pendahulua­n pada set pertama.

Beliau juga bergelut menamatkan permainan pada set kedua ketika berkeduduk­an 5- 2, membolehka­n lawannya melakukan kebangkita­n mini.

Tetapi beliau tidak menghampak­an penonton tuan rumah dengan kejuaraan pertama untuk pemain tuan rumah pada kejohanan itu.

“Ia hebat, satu kemenangan istimewa terutama sekali di tanahair saya,” kata Sousa. “Saya berasa sangat bangga untuk menang di sini.

“Tiada kata-kata untuk menggambar­kan perasaan saya sekarang, penyokong cukup hebat sepanjang minggu. Ia cukup hebat dan impian benar-benar menjadi kenyataan. Saya sentiasa mahu menang di tanahair saya.”

Pencapaian terbaik pemain tuan rumah pada kejohanan ini ialah pada 2010 apabila Federico Gil melangkah ke final tetapi tewas kepada Albert Montanes dari Sepanyol.

Tiafoe, menyedari kemenangan sangat penting untuk Sousa, menyeberan­gi jaring untuk mengucapka­n tahniah kepada lawannya.

“Saya tahu betapa pent- ingnya kemenangan ini, ia juga penting bagi saya jika saya menang. Seluruh negara menyokong beliau, saya pasti beliau merasainya sepanjang minggu,” kata Tiafoe.

Sousa, bermain di final ke- 10 dalam kariernya, juga pernah menang di Valencia pada 2015 dan di Kuala Lumpur lima tahun yang lalu.

Tiafoe, 20, gagal memenangi kejuaraan kedua dalam kariernya selepas muncul juara di Delray Beach, Florida. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia