Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak di tempat kelima Wushu KPM

-

KUCHING: Pasukan Wushu Sarawak menamatkan kempen mereka pada Kejohanan Wushu Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Ke-8 di kedudukan kelima keseluruha­n di Stadium Perpaduan Negeri di sini berakhir kelmarin.

Pada hari terakhir, Sarawak berjaya mengutip satu lagi pingat perak dan enam gangsa sekali gus menjadikan keseluruha­n kutipan pingat empat emas, empat perak dan 18 gangsa.

Atlet SUKMA, Lee Hui Xuan terpaksa berpuas hati dengan mengutip perak dalam kategori Wanita A Nangun selepas memperoleh­i 9.04 mata tewas kepada pemenang emas dari Melaka, Ong Jia Yee manakala Jasmine Tay mengutip gangsa dengan 7.82 mata.

Atlet Sarawak bersekolah di Bukit Jalil itu berjaya mengutip emas dan perak bagi kategori wanita Nanquan dan Nandao pada Sabtu lalu.

Pada hari terakhir, gangsa Sarawak diperolehi acara Taolu menampilka­n atlet SUKMA, Lee Cau Peng bagi kategori Lelaki A Gungshu muka ba- haru, Kee Jia Ke bagi kategori Lelaki A Taijijian dan acara Kumpulan (Sekolah Menengah).

Kontinjen negeri menunjukka­n prestasi memberangs­angkan pada acara Sanda yang mana tiga perak berjaya dikutip menerusi Voon Shi Chiang bagi Lelaki 48 kilogram (kg), Chua Teck Kai (56kg) dan Daniel Manggin (70kg).

Kejohanan itu menyaksika­n kontinjen Melaka merangkul gelaran juara keseluruha­n dengan mengutip 37 emas, 20 perak dan 12 gangsa.

Naib juara keseluruha­n dimenangi kontinjen Pulau Pinang dengan kutipan 13 emas, tiga perak dan 18 gangsa diikuti Negeri Sembilan (lima emas, tujuh perak dan 24 gangsa) manakala Kuala Lumpur dengan lima emas, 12 perak dan 15 gangsa masing-masing kedudukan ketiga dan keempat.

Kejohanan berlangsun­g dua hari itu menampilka­n Persekutua­n Wushu Sarawak sebagai tuan rumah yang kali pertama disertai 300 atlet dari seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia