Utusan Borneo (Sarawak)

LAKIS Serian anjur gotong-royong bersih Tanah Perkuburan Islam Kemayau

-

GOLONGAN belia digalak bergiat aktif dalam program kemasyarak­atan menerusi pelbagai aktiviti riadah dan sukan sekali gus memupuk semangat kesukarela­an dan gaya hidup sihat.

Melalui Program Pergerakan Belia GETS, ia disifatkan sebagai gerakan aktiviti yang melibatkan golongan muda.

Ahli Parlimen Belia Malaysia (Sarawak) Abdul Shaqir Rahit berkata, pihaknya telah mengadakan pelbagai aktiviti yang berjaya menarik penglibata­n kumpulan belia di Sarawak.

Antara aktviti yang diadakan ialah GETS United, yang merupakan program santai menerusi sukan bola sepak dan futsal yang diadakan pada setiap Rabu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Selain itu, program berbentuk kejohanan sukan, GETS Fit turut diadakan bagi memberi pendedahan, ruang dan peluang kepada belia untuk mengasah bakat mereka dalam sukan ragbi.

Manakala, GETS Outreach pula mengetenga­hkan program sembang santai bersama ikon tempatan yang telah diadakan di Kampung Santubong.

Shaqir berkata, pihaknya turut mengadakan GET Charity yang memberi kesedaran tentang kepentinga­n menderma.

“Program ini kita telah adakan di Hospital Umum Sarawak (HUS) baru- baru ini,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Program lain yang diadakan ialah GETS Superheroe­s yang memupuk semangat jati diri belia untuk meningkatk­an keprihatin­an terhadap golongan yang memerlukan. BERSEMPENA dengan Ramadan yang bakal tiba, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) telah menganjurk­an program gotong-royong membersih Tanah Perkuburan Islam Kemayau, Serian baru-baru ini.

Program tersebut yang bermula jam 7.30 pagi berjaya menarik penglibata­n ramai penduduk Islam sekitar kawasan Serian yang memanfaatk­an cuti Hari Pekerja untuk menyertai gotong-royong tersebut.

Menurut Setiausaha LAKIS Amin Dan, program itu merupakan rutin tahunan pihaknya apabila menjelangn­ya Ramadan.

“Ia secara tidak langsung dapat mempertemu dan mengeratka­n silaturahi­m masyarakat sekitar yang jarang bertemu, lebih-lebih lagi hari ini merupakan cuti Hari Pekerja, maka ramai yang mengambil kesempatan untuk turut bersama,” katanya.

Beliau turut menerangka­n berkenaan perluasan kawasan tanah perkuburan tersebut di mana kerjakerja pembersiha­n bagi sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh orang perseorang­an yang sedang giat dijalankan pada masa ini.

Bagi kemudahan dan keselesaan para waris, pihak LAKIS akan membesarka­n kawasan parkir selain membina tandas bagi kemudahan semua pihak.

 ??  ?? PUPUK KEPRIHATIN­AN: Shaqir bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai salah satu Program GETS di Hospital Umum Sarawak.
PUPUK KEPRIHATIN­AN: Shaqir bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai salah satu Program GETS di Hospital Umum Sarawak.
 ??  ?? MENJELANG RAMADAN: Penduduk bergotong-royong membersihk­an kawasan Tanah Perkuburan Islam Kemayau Serian, baru-baru ini.
MENJELANG RAMADAN: Penduduk bergotong-royong membersihk­an kawasan Tanah Perkuburan Islam Kemayau Serian, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia