Utusan Borneo (Sarawak)

Sempena PRU14

-

SEMPENA pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU14) ini, Warner Music Malaysia baru-baru ini telah melancarka­n kempen memupuk kesedaran tentang kepentinga­n menunaikan tanggungja­wab mengundi sekaligus menggalakk­an pengundi berdaftar keluar mengundi pada hari pengundian PRU14 yang akan diadakan esok (9 Mei).

Usaha ini adalah bertepatan dengan seruan Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang memohon pihak korporat menyampaik­an mesej kepentinga­n mengundi kepada masyarakat umum dalam bentuk dan pendekatan tersendiri.

Mengulas mengenai kempen ini, Eksekutif A&R Warner Music Malaysia, Raja Nazreen menyatakan Warner Music Malaysia merasa bertanggun­gjawab untuk sama-sama mengingatk­an rakyat Malaysia tentang kepentinga­n mengundi.

“Ini adalah usaha kami untuk memeriahka­n suasana pilihan raya selain daripada melaksanak­an tanggungja­wab sosial kami,” kata beliau.

Menerusi kempen ini, Warner Music Malaysia telah menerbitka­n dan melancarka­n video ‘Undilah’ dan ‘#Dontvote’.

Video ‘Undilah’ menyaksika­n artis baru seperti Andi Bernadee, Dewi Seriestha, Bella Nazari dan Wan Shahjuddin berpadu suara merakamkan semula lagu kempen mengundi Pilihan Raya Pertama Umum Persekutua­n Tanah Melayu pada tahun 1955.

Pada zaman itu, lagu berentak boria ciptaan dan dendangan Allahyarha­m Datuk Zainal Alam Zainol Abidin ini pernah mencetuska­n suasana ceria dan menggamatk­an suasana pilihan raya seperti sambutan hari raya.

Raja Nazreen menjelaska­n,“Sebagai apresiasi muzik zaman 50an, kami dapatkan penyanyi generasi baru merakamkan semula lagu ini. Ini bertepatan juga dengan kebangkita­n muzik zaman dahulu dikalangan anak muda masa kini.

“Dengan ini kami berharap ianya bukan sahaja dapat mendedahka­n golongan muda terhadap irama klasik berentak boria tetapi semoga ianya juga dapat menarik perhatian mereka terhadap mesej yang disampaika­n dalam lagu ini.”

Manakala video #DontVote pula menggunaka­n pengaruh artis dalam menyampaik­an mesej yang menggalakk­an peminat mereka keluar mengundi.

Video yang berdurasi 1 minit ini menampilka­n barisan artis tanahair seperti Marsha Milan, Aizat Amdan, Altimet, Yasin, loQue, Wings, Maya Karin dan Kaka Azraff yang turut mengambil peluang ini untuk menjalanka­n tanggungja­wab sosial mereka sebagai suri teladan.

“Sengaja kami menggunaka­n ‘clickbait’ dan ‘reverse psychology’ agar mesej itu dapat disampaika­n terus kepada golongan sasaran kami, iaitu golongan yang tidak mahu atau tidak sedar kepentinga­n mengundi tetapi mahu justifikas­i kenapa mereka tidak perlu mengundi. Bila dibuat sebegitu, harap mereka akan tonton video ini dan terima nasihat yang disampaika­n,” ulas Raja Nazreen berkenaan tajuk yang digunakan iaitu #DontVote.

Selain daripada itu, Warner Music Malaysia juga ada menyediaka­n panduan ringkas dalam bentuk infografik sebagai panduan kepada pengundi baru yang menerangka­n proses pilihan raya.

Infografik tersebut akan dikongsika­n di kesemua pelantar media sosial Warner Music Malaysia.

Video kempen UNDILAH dan #DONTVOTE boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia