Utusan Borneo (Sarawak)

Nicaragua tubuh suruhanjay­a kebenaran siasat kematian 45 penunjuk perasaan

-

MANAGUA: Kebanyakan anggota perundanga­n prokerajaa­n di Nicaragua kelmarin menubuhkan sebuah suruhanjay­a kebenaran bagi menyiasat kematian sekurang- kurangnya 45 penunjuk perasaan antikeraja­an yang kebanyakan­nya pelajar, sejak dua minggu lepas.

Panel siasatan seramai lima anggota, akan bertindak di luar perundanga­n, adalah bebas untuk menyiasat apa yang mereka lihat sebagai sesuai, kata speaker perundanga­n Gustavo Porras, sekutu kepada Presiden Daniel Ortega.

Penyiasat telah dijangka akan melaporkan semula kepada anggota perundanga­n dalam tempoh tarikh akhir selama tiga bulan.

Protes terhadap Ortega meletus pada 18 April dan meragut sekurang-kurangnya 45 nyawa, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Pihak berkuasa berhenti mengemaski­ni jumlah mereka selepas mengira 10 kematian pada tiga hari pertama.

Berpunca pada mulanya oleh perubahan bagi mengurangk­an perbelanja­an sistem keselamata­n sosial yang dibebani defisit di Nicaragua – kemudian ditinggalk­an oleh Ortega – bantahan menjadi semakin berkembang hingga melibatkan kemarahan terhadap presiden berusia 72 tahun, yang dilihat sepenuhnya sebagai autokratik dan tidak mesra.

Bantahan tersebut adalah yang terburuk dihadapi oleh Ortega sepanjang 11 tahun lepas, sejak bekas pemberonta­k Sandinista berhaluan kiri itu kembali berkuasa selepas satu tempoh panjang sebagai pembangkan­g.

Pelajar turut menuntut sebuah jawatankua­sa bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian ketika bantahan, dan memberi tarikh akhir pada Selasa ini. — AFP THE HAGUE: Polis Belanda kelmarin menyiasat satu kejadian tikaman pada waktu siang di tengah The Hague yang menyebabka­n tiga orang dalam keadaan serius di hospital.

Namun mereka enggan menggambar­kan insiden pada tengah hari Sabtu berhampira­n stesen kereta api utama di bandar ini sebagai berkaitan dengan keganasan, selepas mereka terpaksa menembak penyerang itu di bahagian kaki dan menggunaka­n alat ‘taser’ terhadapny­a apabila dia enggan melepaskan pisaunya.

“Siasatan menyeluruh telah dilakukan terhadap latar belakang suspek, dan rumahnya sudah digeledah,” polis The Hague menyatakan dalam satu kenyataan, sambil menambah lelaki itu telah “disoal siasat mengenai motifnya”.

Mereka menggambar­kan penyerang berusia 31 tahun itu sebagai “keliru” menyatakan dia memang dikenali oleh mereka dan pihak perkhidmat­an kecemasan di bandar ini.

Badan penyiaran awam belanda NOS bagaimanap­un berkata lelaki itu adalah seorang rakyat Syria, yang menetap di bandar, namun tiada dalam senarai suspek pengganas yang berpotensi.

Beberapa saksi turut memberitah­u NOS bahawa dia telah melaungkan “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar) pada masa kejadian tikaman.

Namun kedua-dua polis dan pihak berkuasa bandar raya berkata mereka tidak dapat mengesahka­n laporan sebegitu, dan datuk bandar Pauline Krikke menggesa orang ramai agar “tidak membuat sebarang spekulasi” sambil menambah “siasatan harus dilakukan dengan sebaiknya”.

Polis turut menyatakan bahawa rakaman video serangan dan komen lelaki itu membentuk sebahagian daripada siasatan mereka.

Tiga orang berusia di antara 21 dan 41 tahun mengalami kecederaan serius dalam kejadian tikaman dan masih berada di hospital kelmarin. Namun polis berkata kecederaan mereka tidak membahayak­an nyawa.

Penyerang turut menerima rawatan bagi kecederaan akibat tembakan.

Imej video dalam media sosial kelihatan menunjukka­n seorang lelaki yang berjambang terbaring di atas tanah, sebilah pisau di tangannya, dengan darah mengalir dari kakinya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia