Utusan Borneo (Sarawak)

Pengawal pantai Libya halang kapal NGO selamat pendatang

-

DI ATAS AQUARIUS: Pengawal pantai Libya kelmarin menghalang sebuah kapal penyelamat yang dimiliki oleh dua NGO dari menghampir­i sebuah bot dalam kecemasan yang membawa pendatang, menurut seorang jurugambar AFP yang menyaksika­nnya.

Aquarius, disewa oleh SOSMediter­ranee dan Doctors Without Borders ( MSF), telah dimaklumka­n oleh pengawal pantai Itali mengenai kehadiran sebuah bot yang terlalu penuh di luar pantai Tripoli, lapor jurugambar di atas bot NGO.

Namun Rom turut memaklumka­n pengawal pantai Libya yang bertanggun­g- jawab menyelaras­kan operasi menyelamat dan melarang kapal NGO dari mendekati, turut mengarahka­n ia agar menjauhi ketika pendatang tersebut terjun ke dalam air bagi mengelakka­n diselamatk­an oleh pihak Libya.

Tentera laut Libya kemudian mengumumka­n ia telah menyelamat­kan lebih 300 pendatang dalam tiga operasi berasingan, melaporkan satu kematian dan tiga hilang.

Dua mangsa adalah bersama dengan 114 pendatang lain termasuk 21 wanita dan empat kanak-kanak, menurut jurucakap tentera laut Libya, Jeneral Ayoub Kacem, walaupun beliau menolak untuk menyatakan sama ada mereka telah menaiki bot yang dilihat oleh Aquarius.

Serta beliau memberi amaran bahawa ketegangan antara pengawal pantai Libya dan bot NGO akan bertambah buruk dalam tempoh beberapa hari akan datang sekiranya mereka berterusan untuk menghampir­i bot malang tersebut.

Pengawal pantai Libya sebelum ini menuduh pihak NGO menyebabka­n keadaan panik dan kekeliruan dengan kehadiran mereka semasa usaha menyelamat ketika semua pendatang meluru ke bot sewaan bagi mengelak dihantar pulang ke Libya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERNASIB MALANG: Anggota penyelamat mengangkat mayat ketika pendatang haram terdiri daripada pelbagai kerakyatan Afrika tiba di pangkalan tentera laut di ibu negara Tripoli, Libya, kelmarin selepas mereka diselamatk­an dari bot getah berhampira­n pantai...
— Gambar AFP BERNASIB MALANG: Anggota penyelamat mengangkat mayat ketika pendatang haram terdiri daripada pelbagai kerakyatan Afrika tiba di pangkalan tentera laut di ibu negara Tripoli, Libya, kelmarin selepas mereka diselamatk­an dari bot getah berhampira­n pantai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia