Utusan Borneo (Sarawak)

Amnesty tuduh Mesir ‘seksa’ tahanan dalam kurungan bersendiri­an

-

BEIRUT: Amnesty Internatio­nal semalam menuduh Mesir memenjarak­an tahanan atas tuduhan bermotifka­n politik dalam kurungan bersendiri­an secara berpanjang­an dan melakukan penderaan fizikal terhadap mereka, menyatakan tindakan itu bersamaan dengan penyeksaan.

“Beberapa aktivis hak asasi manusia, wartawan dan anggota pembangkan­g yang ditahan dalam kurungan berasingan telah menjadi sasaran penderaan fizikal yang teruk,” kata kumpulan hak asasi manusia dalam rumusan bagi satu laporan.

Siasatan oleh Amnesty “mendedahka­n bahawa tahanan ditahan bagi tuduhan bermotifka­n politik telah dikurung dalam penjara berasingan untuk tempoh tidak pasti dan berterusan di Mesir – pada masa tertentu selama beberapa tahun – yang mana ia adalah bersamaan dengan penyeksaan.”

“Mereka dikurung dalam sel mereka selama 24 jam selama beberapa minggu, tidak dibenarkan sebarang komunikasi dengan manusia dan dikurung dalam keadaan sel yang teruk.”

Kumpulan yang berpusat di London itu berkata ia telah mendaftark­an 36 kes tahanan yang ditahan dalam kurungan berasingan untuk tempoh tidak pasti dan berterusan.

Ia berkata mereka hanya dibenarkan untuk senaman selama sejam setiap hari namun dilarang berhubung dengan tahanan lain termasuk tidak dibenarkan untuk menerima kunjungan keluarga secara tetap.

“Disebabkan oleh penemuan yang sangat serius ini, Amnesty Internatio­nal mengemukak­an satu memorandum mengandung­i rumusan bagi penyelidik­an kepada pihak berkuasa Mesir pada 16 April. Tiada respons diterima,” menurut Amnesty.

Ribuan orang, kebanyakan penduduk Islam dan juga penentang sekular, ditahan selepas tentera mengguling­kan presiden Islam Mohamed Morsi pada 2013.

Pengguling­an Morsi, selepas berjuta-juta orang berkumpul di jalan raya menuntut beliau meletak jawatan, mencetuska­n serangan berdarah terhadap pengikut setia beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia