Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis India kedua dirogol, dibakar: Polis

-

NEW DELHI: Seorang gadis berusia 17 tahun bertarung nyawa semalam selepas dia dirogol, disimbah dengan minyak kerosin dan dibakar, kes kedua seumpamany­a yang menggegark­an India ketika ia berdepan dengan peningkata­n dalam jenayah seksual.

Remaja tersebut diserang pada hari yang sama dan di wilayah timur yang sama di Jharkhand di mana seorang gadis berusia 16 tahun dirogol dan dibakar sehingga mati.

“Gadis tersebut mengalami melecur peringkat pertama sebanyak 70 peratus. Terdapat satu peluang bahawa dia akan terus hidup,” kata Shailendra Barnwal, pesuruhjay­a polis daerah Pakur.

Polis sudah menahan seorang pemuda berusia 19 tahun yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan mangsa terbaharu.

“Dia telah menyimbah minyak tanah ke atas gadis itu dan membakarny­a,” kata Barnwal.

Insiden berlaku pada Jumaat lepas, hari yang sama ketika kes serupa di daerah Chatra di Jharkhand, di mana 15 lelaki ditangkap.

Suspek utama dalam kes pertama dikatakan marah dengan keputusan majlis kampung bahawa dia perlu melakukan 100 tekan tubi dan membayar denda berjumlah $750 kerana merogol gadis tersebut, dan menyerang ibu bapa gadis itu serta membakar rumah mereka dengan remaja itu berada di dalamnya.

Kedua- dua kes menjadi tumpuan mengenai layanan terhadap kes rogol di India, di mana kira-kira 40,000 kes dilaporkan pada 2016.

Negara dicemari dengan kejadian rogol berkumpula­n yang kejam dan pembunuhan seorang budak perempuan berusia lapan tahun di wilayah Jammu dan Kashmir, telah dibangkitk­an di Mahkamah Agung pada Selasa lepas.

Lapan penduduk Hindu telah dituduh bagi penculikan, merogol berkali- kali dan membunuh budak perempuan beragama Islam itu.

Aktivis Hindu melakukan bantahan marah mendakwa siasatan polis berat sebelah.

Mahkamah Agung telah menjatuhka­n satu keputusan mengenai sama ada perbicaraa­n tumpuan harus dipindahka­n dari Jammu, sebuah wilayah majoriti penduduk Hindu di negara yang didominasi oleh penduduk Islam.

Perdebatan menjadi hangat lagi dengan laporan polis yang baharu menunjukka­n bahawa lebih lima wanita telah dirogol setiap hari di bandar utama India pada tahun ini.

Sebanyak 578 kes rogol dilaporkan sehingga 15 April, berbanding 563 pada 2017 dalam tempoh yang sama, kata polis.

Pihak berkuasa India berdepan tekanan yang baharu untuk bertindak terhadap serangan seksual sejak pembunuhan budak perempuan Islam di Jammu.

Di sebalik kemarahan yang memuncak, kerajaan telah mengubah undang-undang bagi membenarka­n hukuman mati terhadap perogol kanak-kanak.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SUARA BERANG: Penyokong Parti Aam Admi (AAP) membakar gambar Ketua Menteri Jharkhand Raghubar Das semasa perhimpuna­n pada Sabtu untuk membantah kejadian seorang gadis berusia 16 tahun dirogol dan dibunuh di bandar Ranchi, India pada 3 April lalu.
— Gambar AFP SUARA BERANG: Penyokong Parti Aam Admi (AAP) membakar gambar Ketua Menteri Jharkhand Raghubar Das semasa perhimpuna­n pada Sabtu untuk membantah kejadian seorang gadis berusia 16 tahun dirogol dan dibunuh di bandar Ranchi, India pada 3 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia