Utusan Borneo (Sarawak)

Jenayah tembakan kejam gemparkan London

Remaja berusia 13 dan 15 tahun cedera sehari selepas pemuda, 17, mati ditembak: Polis

-

LONDON: Dua remaja ditembak pada waktu siang di London kelmarin, sehari selepas seorang remaja mati ditembak, kata polis, ketika bandar utama Britain itu dibelenggu peningkata­n dalam jenayah kejam.

Polis Metropolit­an London berkata kedua-dua remaja itu, berusia 13 dan 15 tahun, dikejarkan ke hospital selepas pihak berkuasa menemui mereka dalam masa beberapa minit ketika mereka merawat luka akibat tembakan di lokasi berhampira­n yang berasingan di subbandar Harrow.

Kedua-duanya mengalami kecederaan di kepala, dengan mangsa yang lebih muda tercedera akibat sebutir logam senapang patah, namun tiada seorangpun yang berada dalam keadaan membahayak­an nyawa, kata polis.

Tiada senjata api ditemui dan tiada tangkapan dibuat, dengan pihak berkuasa menyiasat sama ada insiden itu mempunyai kaitan, tambahnya.

Insiden berlaku hanya beberapa jam selepas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditembak di Southwark, selatan London, pada petang Sabtu dan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya.

Mangsa, Rhyhiem Ainsworth Barton, tidak terlibat dalam kumpulan samseng dan mempunyai impian menjadi seorang arkitek, menurut ibu beliau.

Sementara itu “satu perbalahan besar” antara dua kumpulan lelaki di Hackney, di timur ibu negara, membawa kepada satu serangan asid yang mencederak­an tiga lelaki berusia 17, 22 dan 27 tahun, menurut polis.

“Pada peringkat awal ini ia masih belum ditentukan sama ada kecederaan akan mengubah kehidupan,” tambahnya. London telah menyaksika­n peningkata­n dalam kejadian tikaman dan tembakan pada tahun ini yang menolak sedikit jumlah pembunuhan lebih tinggi berbanding dengan New York yang pernah dibelenggu oleh jenayah – dan malah telah menarik perhatian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Semasa ucapan prosenjata secara bebas kepada Pertubuhan Raifal Negara di Texas pada Jumaat lepas, Trump mendakwa sebuah “hospital yang sangat berprestij sebelum ini” di London adalah seperti sebuah “zon perang” disebabkan oleh jenayah pisau.

Jenayah berkaitan dengan pisau meningkat sebanyak 23 peratus di London pada tahun lepas.

Sejak permulaan tahun 2018, lebih 60 orang telah dibunuh.

Kerajaan mendedahka­n satu strategi jenayah kejam baharu bernilai berjuta-juta dolar pada bulan lepas, namun pengkritik menegaskan penguranga­nnya dalam jumlah polis dan perkhidmat­an sosial telah menimbulka­n krisis itu.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? JENAYAH KEJAM: Pegawai polis dilihat berjalan di dalam kawasan ditutup di London, Britain kelmarin untuk melakukan siasatan selepas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui mati ditembak pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters JENAYAH KEJAM: Pegawai polis dilihat berjalan di dalam kawasan ditutup di London, Britain kelmarin untuk melakukan siasatan selepas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui mati ditembak pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia