Utusan Borneo (Sarawak)

Lubang benam di New Zealand dedah gunung berapi berusia 60,000 tahun

-

WELLINGTON: Satu lubang benam baharu di sebuah ladang North Island yang sedalam empat bas dua tingkat dan hampir sepanjang dua padang bola sepak telah menarik perhatian pakar gunung berapi New Zealand.

Lubang yang muncul selepas hujan lebat berhampira­n pekan Rotorua dan meninggalk­an parut bercerangg­ah di landskap itu, mendedahka­n lapisan batu berusia 60,000 tahun.

Pakar mempercaya­i hujan telah melarutkan batu kapur di bawah tanah sejak ribuan tahun, kemudian menyebabka­n tanah itu runtuh dan menghasilk­an lembah berkenaan.

“Ini adalah sangat menakjubka­n, ia adalah jauh lebih besar daripada apa yang saya pernah lihat sebelum ini,” pakar gunung berapi Brad Scott menyatakan tentang lubang berukuran 20 meter dalam dan 200 meter panjang.

Scott berkata ladang tenusu di mana rekahan pada bumi muncul terletak di atas kawah gunung berapi.

“Apa yang saya lihat di bawah lubang adalah lapisan gunung berapi asal berusia 60,000 tahun yang keluar dari kawahnya,” beliau memberitah­u TVNZ.

Peladang Colin Tremain berkata lubang tersebut muncul semalaman pada minggu lepas dan dikesan oleh salah seorang pekerja semasa rondaan awal pagi untuk menggembal­a lembu.

Ketika lubang sebegini adalah biasa di ladang, ini adalah jauh lebih besar, katanya sambil mengaku tiada cara untuk menghalang tanahnya hilang dalam keadaan sedemikian.

“Saya sudah meletakkan pagar di sekeliling­nya dan melupakann­ya, membuang masa sahaja untuk mengisi tanah ke dalamnya,” beliau memberitah­u Radio NZ.

 ?? — Gambar AFP ?? MENAKJUBKA­N: Imej daripada video TVNZ dirakam pada 2 Mei menunjukka­n lubang benam yang muncul di ladang tenusu berhampira­n pekan Rotorua di North Island, New Zealand.
— Gambar AFP MENAKJUBKA­N: Imej daripada video TVNZ dirakam pada 2 Mei menunjukka­n lubang benam yang muncul di ladang tenusu berhampira­n pekan Rotorua di North Island, New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia