Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah filem Afrika Selatan mati diserang zirafah

-

JOHANNESBU­RG: Seorang pengarah filem Afrika Selatan dibunuh seekor zirafah ketika membuat penggambar­an di sebuah hutan simpan di luar Johannesbu­rg, kata pemilik rumah rehat, sambil menambah bahawa beliau meninggal dunia selepas dibawa dengan pengangkut­an udara ke hospital.

Zirafah tersebut telah memukul Carlos Carvalho di kepala di Glen Afric Country Lodge di wilayah North West.”

“Ketika Carlos sedang berdiri di depan zirafah, haiwan itu membuka kakinya, menundukka­n lehernya dan menghayun kepalanya ke arah Carlos,” Richard Brooker, yang keluarga beliau memiliki rumah tumpangan, memberitah­u laman sesawang Netwerk24 Afrikaans.

Zirafah tersebut, bernama Gerald, “tidak melakukan kesalahan”, jelas Brooker.

Callacrew, sebuah agensi penggambar­an filem Afrika Selatan, menyatakan Carvalho meninggal dunia pada malam Rabu.

“Ia adalah sangat menyedihka­n bahawa kami perlu memaklumka­n kematian Carlos

Carvalho, salah seorang DOP ( pengarah fotografi) kegemaran kami,” katanya dalam laman Facebook.

“Carlos merakamkan rencana di Glen Afric dan mengalami pertembung­an maut dengan seekor zirafah ketika dalam penggambar­an.”

Carvalho, seorang bapa kepada dua anak dan berusia 47 tahun, dilaporkan sedang melihat melalui kamera untuk mengambil imej jarak dekat zirafah tersebut ketika insiden itu berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia