Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank bangunkan program sokong aspirasi digital

-

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah membangunk­an program peningkata­n kemahiran digital ‘ FutureRead­y’ untuk menyokong aspirasiny­a untuk menjadi bank digital pilihan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, program itu bertujuan untuk meningkatk­an literasi digital pekerja bank serta melengkapk­an mereka dengan keupayaan yang akan memastikan kesesuaian mereka pada masa ini dan masa depan.

“Latihan ini, yang menjadi mandatori untuk semua pekerja, adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Maybank untuk menginsank­an pembanguna­n rakyat dan membolehka­n mereka memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih berkesan dalam dunia digital yang pan- tas berubah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Kurikulum komprehens­if latihan ini berteraska­n kepada enam bidang utama kemahiran, iaitu kesedaran digital, membuat keputusan berdasarka­n data, reka bentuk berpusatka­n manusia, ketangkasa­n, komunikasi masa depan, dan tadbir urus risiko di dunia digital.

Program peningkata­n FutureRead­y, yang mana RM30 juta telah diperuntuk­kan, menyediaka­n peluang kepada pekerja untuk diperakui dalam bidang kemahiran baharu seperti pengaturca­raan komputer, analisis data dan sains data, reka bentuk berpusat manusia, dan kaedah tangkas.

Selain mempelajar­i kemahiran baharu, pekerja akan dapat mencuba kemahiran ini untuk menghasilk­an inovasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia