Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih RM1.12 bilion untuk bangunkan projek-projek air, air buangan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ( KeTTHA) yakin dapat meluaskan liputan bekalan airnya sehingga 99 peratus ke seluruh negara menjelang 2020 berbanding 96.4 peratus pada masa ini.

Timbalan Ketua Setiausaha­nya Datuk Dr Tan Yew Chong berkata kementeria­n itu juga menyasarka­n untuk meningkatk­an perkhidmat­an pembetunga­n bersambung kepada 85 peratus berbanding 78.7 peratus pada masa ini selain mengurangk­an air bukan hasil kepada 31 peratus berbanding 34.6 peratus.

“Lebih RM1.12 bilion diperuntuk­kan untuk membangunk­an projek- projek air dan air buangan dalam tempoh sasaran lima tahun yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, yang menunjukka­n komitmen kerajaan dalam usaha memperkuku­h infrastruk­tur bagi menyokong perluasan ekonomi,” katanya kepada pemberita pada perasmian Trenchless Asia 2018, di sini semalam.

Beliau berkata antara kaedah bagi mencapai sasaran itu ialah dengan mengguna pakai teknologi ‘trenchless’ ( pemulihan), seperti yang dilaksanak­an dalam projek Sistem Loji Rawatan Kumbangan Serantau di Ipoh, Perak.

Projek itu yang secara keseluruha­nnya bernilai RM2.12 bilion, dan dijangkaka­n siap pada 2022, akan menggabung­kan 80 peratus teknologi itu menggunaka­n kaedah pemasangan lengkong, yang boleh meminimumk­an halangan lalu lintas dengan pembinaan lubang, minimumkan kerosakan kepada perabot jalan sedia ada serta mengurangk­an aduan awam.

“Kami menggalakk­an peserta industri di negara ini memanfaatk­an pameran dan persidanga­n Trenchless Asia 2018 dan memanfaatk­an peluang untuk memperluas­kan aplikasi teknologi ini kerana kaedahnya mampan, memacu teknologi hijau, mengurangk­an pencemaran dan boleh menjimatka­n sehingga 50 peratus masa pembinaan,” kata Tan.

Beliau berkata bagi menerajui penggunaan teknologi trenchless, sebuah jawatankua­sa khas telah ditubuhkan, diketuai oleh Indah Water Consortium. bagi merangka penubuhan piagam Malaysia yang menggarisk­an program pembinaan kapasiti dan latihan antara Malaysia dan negaranega­ra maju seperti Amerika Syarikat dan Jerman.

Acara ini membantu beberapa bandar di seluruh dunia untuk menggalakk­an teknologi tiada penggorekk­an bagi mengganti atau membaiki paip bawah tanah.

Teknologi trenchless membabitka­n kerja pembinaan bawah tanah yang memerlukan sedikit parit atau tanpa parit yang panjang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia