Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih OCBC Al-Amin naik 27% pada tahun kewangan 2017

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih OCBC Al-Amin Bank Bhd naik 27 peratus kepada RM192 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017 berbanding RM151 juta dicatatkan pada 2016.

Dengan pencapaian tersebut, anak syarikat perbankan Islam milik penuh OCBC Bank (Malaysia) Bhd itu telah melonjakka­n keuntungan bersihnya lebih 11 kali ganda sejak tahun operasi penuh pertama, apabila mencatatka­n keuntungan bersih sebanyak RM17 juta pada 2009.

Keuntungan sebelum cukai meningkat 33 peratus kepada RM253 juta pada tahun kewangan 2017 berbanding RM191 juta sebelum ini.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Syed Abdull Aziz Syed Kechik, berkata pertumbuha­n keuntungan yang kukuh pada 2017 disebabkan pendapatan berasaskan yuran yang sebahagian besarnya daripada segmen pengurusan kekayaan dan perbankan pelaburan patuh Shariah yang lebih tinggi, pendapatan kukuh daripada perbankan perniagaan, pengurusan kos secara berkesan dan peruntukan yang lebih rendah.

“Kami terus melabur untuk menghasilk­an rangkaian tawaran produk yang kukuh, terutamany­a dalam bidang pengurusan kekayaan patuh Shariah dan pinjaman perumahan dan kami gembira melihat hasilnya,” katanya.

Mengenai masa depan, katanya OCBC Al-Amin akan terus membina kapasiti dalam segmen perbankan Islam borong dan runcit, dan mengukuhka­n rangkaian saluran pengedaran­nya yang mantap untuk mendapatka­n pelanggan baharu dan menawarkan penyelesai­an inovatif kepada pelanggan sedia ada dan baharu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia