Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE promosi produk dan perkhidmat­an Malaysia di Xi’an

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) akan menyelaras­kan penyertaan syarikat Malaysian pada Ekspo Antarabang­sa Laluan Sutera Ketiga ( SRIE) di Xi’an, Wilayah Shaanxi, China dari 11-15 Mei ini.

Diterajui oleh bekas Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting, lebih seratus wakil daripada 40 syarikat Malaysia dan organisasi kerajaan yang berkaitan akan mengambil bahagian dalam acara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, berkata SRIE 2018 menawarkan peluang yang baik kepada Malaysia untuk meningkatk­an kedudukann­ya, terutamany­a di bandar peringkat kedua di barat laut China itu.

“Penyertaan dalam SRIE 2018 juga membolehka­n kami meneroka pasaran Islam berdekatan Shaanxi, iaitu Ningxia, Qinghai, Gansu, Xinjiang dan wilayah yang berdekatan.

“Malaysia memanfaatk­an hubungan ke rantau ini, terutamany­a melalui akses penerbanga­n langsung harian yang disediakan oleh AirA- sia,” katanya.

Malaysia telah dipilih sebagai Negara Kehormat bagi SRIE 2018 oleh Kerajaan Wilayah Shaanxi, penganjur utama acara tersebut.

Selain daripada penyertaan Malaysia dalam pameran perdaganga­n, MATRADE dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menganjurk­an forum ekonomi untuk mempromosi­kan peluang pelaburan dan perdaganga­n, selain menekankan keupayaan negara dalam pendidikan tinggi, pelanconga­n kesihatan, jentera dan e-dagang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia