Utusan Borneo (Sarawak)

SP Setia, Tradewinds bangunkan projek perumahan untuk DBKL

-

KUALA LUMPUR: Retro Highland Sdn Bhd, jentera tujuan khas milik bersama SP Setia Bhd dan Tradewinds Corporatio­n Bhd, akan melaksanak­an projek penswastaa­n untuk Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur ( DBKL) sebagai pertukaran kepada tanah seluas 21.14 hektar di Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, SP setia berkata projek Perumahan Rakyat Berkualiti Tinggi (QSPH) membabitka­n pembinaan 3,971 unit kediaman, 112 unit kedai/gerai, pasar dan kemudahan awam.

Sebagai balasan, DBKL akan memindahka­n tanah pegangan kekal di Cheras (tukar tanah) bernilai RM1.19 bilion, kepada Retro Land, bebas daripada bebanan.

Kedua-dua tanah pembanguna­n QSPH dan kawasan tanah yang ditukarkan terletak di tenggara kawasan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur dan timur Stesen LRT Cheras.

Retro Highland semalam menandatan­gani perjanjian penswastaa­n dengan DBKL untuk perancanga­n, reka bentuk, pembinaan, penyiapan dan pengoperas­ian projek QSPH.

SP Setia berkata pembanguna­n QSPH meliputi dua fasa, masing-masing untuk tempoh empat tahun.

Fasa pertama mengandung­i 1,192 unit kediaman manakala fasa kedua meliputi 2,779 unit kediaman, 112 kedai/gerai, 244 lot pasar dan kemudahan awam.

Sementara itu, Retro Highland merancang melaksanak­an projek pembanguna­nj bersama di tanah yang ditukar itu dengan projek pemban- gunan bercampur dengan nilai pembanguna­n kasar RM11.03 bilion dalam tempoh 11 tahun.

Pembanguna­n QSPH dan cadangan pembanguna­n tanah bersebelah­an itu dijangkaka­n dibiayai menerusi pinjaman bank, dan/ atau dana janaan dalaman.

“Perjanjian ni adalah atas kepentinga­n terbaik syarikat. Tertakluk kepada sebarang syarat dan pembanguna­n QSPH, perjanjian penswastaa­n itu dijangkaka­n siap pada 2028,” kata SP Setia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia