Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Sungai Ud Muara, Dalat akhirnya siap

-

MUKAH: Sebanyak 97 rumah dari 14 kampung di kawasan Mukah menerima pampasan banjir di bawah Skim Rumah Desa (SRD) semalam.

SRD merupakan skim pertama seumpamany­a mempunyai perlindung­an insurans untuk rumah kayu terletak di kawasan kampung.

Bekas Ahli Parlimen Mukah Tan Sri Muhammad Leo Toyad berkata skim seperti itu banyak memberi manfaat kepada penduduk terutama yang tinggal di kawasan kampung.

“Bukan sahaja banjir malah kebakaran dan sebagainya turut dilindungi,” katanya pada majlis ringkas penyampaia­n itu di Lamin Dana di sini semalam.

Menurutnya, rakyat tidak hanya dapat mengharapk­an bantuan daripada kerajaan ketika bencana melanda dan perlu ada pelan tindakan seperti itu.

“Sebab dalam masa hanya sebulan, tuntutan sudah boleh diambil melalui skim ini,” jelasnya.

Turut sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo, pemilik Lamin Dana Diana Rose dan Ketua Masyarakat Mukah Temenggung Hendi Suhai.

Pada masa sama, Leo turut menghadiah­kan pembaharua­n polisi insurans SRD bagi semua rumah terbabit untuk tempoh setahun dengan jumlah RM7,956.27.

SRD adalah insurans secara berkumpula­n iaitu minimum 50 rumah. MUKAH: Jambatan Sungai Ud Muara, Dalat akhirnya siap setelah mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, pembinaan jambatan berkenaan melalui pelbagai rintangan sebelum akhirnya dapat disiapkan.

“Pelbagai rintangan telah dilalui untuk memastikan jambatan ini akhirnya dapat disiapkan dan digunakan pen- duduk,” katanya pada Majlis Perasmian dan Kesyukuran Jambatan Sungai Ud Muara malam kelmarin.

Katanya, pembinaaan jambatan berkenaan bermula pada 2008 dan mengalami dua kali penangguha­n dalam pembinaann­ya.

Kali pertama adalah menyentuh hal tanah, sementara kali kedua mengenai pengubahsu­aian jarak lorong.

Bagaimanap­un, Fatimah bangga kerana akhirnya hasrat untuk melihat jambatan berkenaan memberi kemu- dahan kepada penduduk tercapai.

“Kerajaan sentiasa mengutamak­an kemudahan rakyat dan ini adalah salah satu buktinya,” jelasnya.

Bukan sahaja jambatan, malah kemudahan-kemudahan lain turut diambil peduli dan dibangunka­n secara berterusan.

Jambatan sepanjang 44.6 meter dan selebar 4.2 meter itu diteruskan pembinaann­ya pada 2016 dan siap pada Disember tahun lalu dengan mengambil masa 19 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia