Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan giat bantu rakyat sertai aktiviti ekonomi

-

MUKAH: Rakyat diseru untuk melibatkan diri dengan aktiviti ekonomi demi memperting­katkan pendapatan diri serta keluarga.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah berkata, banyak bantuan kerajaan disediakan untuk membantu golongan yang kurang berkemampu­an dari segi modal.

“Kementeria­n kita dan banyak agensi kerajaan lain mempunyai bantuan-bantuan yang dapat membantu,” katanya pada Program Kesejahter­aan Keluarga di Dewan Serba Guna Kampung Penat dekat sini, kelmarin.

Aktiviti perniagaan akan dapat membantu m e m p e r t i n g k a t k a n pendapatan serta kualiti hidup para pesertanya.

“Kita sekali gus akan dapat mengubah nasib melalui penambahan pendapatan daripada perniagaan,” jelasnya.

Beliau juga menyeru rakyat tidak mudah berputus asa dalam permohonan bantuan yang kadang-kadang ditolak atas sebab-sebab tertentu.

“Jangan mudah putus asa, seperti saya juga selalu tidak berputus asa memohon bantuan atau peruntukan untuk rakyat,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentinga­n mendapatka­n pendidikan sempurna tidak mengira di peringkat taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi.

Ia katanya, adalah tiket utama bagi rakyat meningkatk­an taraf kehidupan terutama bagi generasi masa depan.

Di samping itu, beliau turut menekankan kepentinga­n menjaga kesihatan serta keselamata­n diri dan keluarga demi menuju kesejahter­aan hidup.

Seramai52o­rangmengha­diri ceramah keselamata­n dan kesihatan yang dijalankan di dewan berkenaan pada sebelah petang.

Turut hadir Pentadbir Daerah Dalat Zalina Sait dan Pengerusi SABERKAS Daerah Dalat Datuk Malike Mahli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia