Utusan Borneo (Sarawak)

Baucar bantuan pakaian seragam bukti kerajaan prihatin kebajikan pelajar

-

BELAGA: Pemberian baucar bantuan pakaian seragam oleh Yayasan Sarawak menunjukka­n kerajaan negeri mengambil berat kebajikan anak-anak yang bersekolah di negeri ini.

Menteri Muda Bekalan Air Liwan Lagang berkata, ini kerana kerajaan tidak mahu ada anak-anak yang tidak dapat bersekolah hanya kerana tiada wang untuk membeli pakaian seragam, buku serta peralatan menulis.

Justeru katanya, kerajaan telah memutuskan untuk menambah jumlah baucar daripada RM100 kepada M200 bagi setiap murud tahun satu dan pelajar tingkatan aatu yang layak melibatkan jumlah keseluruha­n RM4 juta.

“Kerajaan tidak akan bersikap lepas tangan terhadap pembanguna­n pendidikan anak- anak di negeri ini walaupun ia adalah bidang kuasa kerajaan pusat.

“Atas sebab pentingnya pendidikan sebagai asas atau pemangkin pembanguna­n modal insan berkualiti, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mewujudkan port- folio menteri pendidikan di negeri ini.

“Ini menunjukka­n keikhlasan Kerajaan Negeri Sarawak mengambil berat terhadap pendidikan di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak kepada murid daripada 15 sekolah di daerah Belaga di Rumah Rehat Kerajaan di sini barubaru ini.

Liwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Belaga berkata, setiap dasar diperkenal­kan kerajaan memerlukan sokongan dan komitmen rakyat.

Maknanya ujar beliau, peranan dan tanggungja­wab membangunk­an modal insan serta bakat bukan di bahu guru semata- mata tetapi memerlukan gabungan kerjasama antara guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, masyarakat dan pelajar.

“Inilah yang dipanggil konsep hibrid. Pendidikan bermula daripada keluarga. Masa anak-anak amat terhad dengan kebanyakan masa mereka diluangkan bersama masyarakat lain.

“Seharusnya kita sebagai ibu bapa mengambil pengukuran nilai itu dalam keluarga kita, tidak adil jika menilai pencapaian anak kita di sekolah sahaja, menyerah sepenuhnya kepada pihak sekolah,” ujarnya.

Pada majlis itu Liwan turut mengumumka­n peruntukan RM15,000 untuk Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Belaga bagi menjalanka­n aktiviti persatuan.

Beliau turut berterima kasih dan menghargai sumbangan Melay Tinggom yang telah bertugas dengan cemerlang sebagai ketua polis daerah Belaga yang kini bersara wajib.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Mujah Lihan dan Beatrice Kedoh Tajang, Pegawai Daerah Belaga Juan Ubit, Temenggung Ajang Sirek, Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Belaga Lesley Luyoh Akah, Penghulu Jackson Kubang, Pemangku Pengerusi OUNA Belaga Daniel Levoh Imang, MU Lato Juman, MU Kaunselor Among Matu, Kapitan Teo, KK Awing Igo dan ketua-ketua serta wakil ketua jabatan yang lain.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Murid daripada 15 sekolah di daerah Belaga merakam kenangan bersama Liwan serta tetamu hormat lain pada Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak di Rumah Rehat Kerajaan di Belaga.
TERIMA KASIH: Murid daripada 15 sekolah di daerah Belaga merakam kenangan bersama Liwan serta tetamu hormat lain pada Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak di Rumah Rehat Kerajaan di Belaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia