Utusan Borneo (Sarawak)

105 pendatang terkandas di tengah Mediterran­ean

-

DI ATAS KAPAL THE AQUARIUS: Lebih 100 pendatang terkandas selama hampir dua hari di tengah Mediterran­ean selepas diselamatk­an oleh sebuah kumpulan NGO pada hujung minggu, dengan Itali dan United Kingdom melakukan perbincang­an mengenai nasib mereka.

Rom telah memutuskan pada petang kelmarin bagi membenarka­n 105 pendatang mendarat di Itali berikutan satu kejadian yang melihat mereka terkandas di laut sementara pihak Itali dan Britain menangguhk­an bagi satu keputusan.

“Ini adalah satu lagi contoh bagi penangguha­n dan kekeliruan dalam penyelaras­an yang telah menyebabka­n lebih banyak risiko terhadap nyawa di tengah Mediterran­ean, merupakan kawasan maritim paling berbahaya di dunia,” kata Nick Romaniuk, penyelaras bantuan di atas kapal penyelamat Aquarius.

Aquarius telah disewa oleh SOS Mediterran­ee dan Medecins Sans Frontieres serta telah terlibat dalam operasi menyelamat pada hujung minggu.

Pada awal pagi Ahad pengawal pantai Itali telah melaporkan sebuah kapal dalam kecemasan di luar pantai Libya kepada sebuah bot yang dimiliki oleh NGO Proactiva Open Arms, sebelum kemudian mengumumka­n bahawa pengawal pantai Libya telah mengambil alih kawalan terhadap operasi.

Ketika Libya menguruska­n operasi menyelamat ia bermakna bahawa pendatang akan dibawa pulang ke negara Afrika Utara, di mana mereka berdepan dengan satu kitaran baharu bagi penahanan, keganasan dan peras ugut.

Namun menurut seorang Ahli Parlimen Itali di atas kapal Proactiva, Astral, pengawal pantai Libya tidak berada di sana ketika Astral menemui pendatang tersebut dan tidak memberi respons kepada panggilan radio. Pada masa itu mereka memutuskan untuk mengambil 105 pendatang itu naik ke atas kapal mereka.

Semasa operasi yang diselarask­an oleh Rom, pihak Astral akan segera memin- dahkan pendatang ke sebuah kapal yang lebih besar yang akan membawa mereka ke Itali. Namun kali ini Rom meminta pihak London menguruska­n pendatang kerana kapal Astral membawa bendera Union.

Pada waktu malam, London telah meminta Astral agar memindahka­n pendatang ke Aquarius, sebuah kapal yang lebih besar, yang mengibarka­n bendera Gibraltar (Britain).

Dua kapal telah bertemu pada pagi kelmarin kira-kira 30 batu nautika di luar pantai Tripoli, namun menunggu sepanjang hari bagi pengesahan bertulis dari sama ada pihak London atau Rom, satu-satuya jaminan bahawa sebuah pelabuhan Eropah akan disediakan bagi ketibaan pendatang.

Pengawal pantai UK memberitah­u AFP bahawa mereka telah dimaklumka­n nengenai insiden namun “ini adalah bukan satu insiden yang diuruskan oleh UK.”

Rom akhirnya telah mengarahka­n pemindahan – dan dengan itu satu pendaratan di Itali – pada petang kel- marin berdasarka­n respons yang kurang daripada London dan keperluan untuk “melindungi kesihatan dan keselamata­n 105 pendatang,” menurut satu kenyataan daripada pengawal pantai Itali. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BAWA BANTUAN: Anggota kru kapal Proactiva Open Arms dalam bot getah membawa barang keperluan, termasuk makanan dan minuman, dari MV Aquarius, kapal menyelamat yang disewa oleh SOS-Mediterran­ee dan Medecins Sans Frontieres, kira-kira 25 batu nautika di...
— Gambar AFP BAWA BANTUAN: Anggota kru kapal Proactiva Open Arms dalam bot getah membawa barang keperluan, termasuk makanan dan minuman, dari MV Aquarius, kapal menyelamat yang disewa oleh SOS-Mediterran­ee dan Medecins Sans Frontieres, kira-kira 25 batu nautika di...
 ?? — Gambar AFP ?? TERKANDAS: Pendatang dipindah dari kapal Proactiva Open Arms duduk di atas MV Aquarius, kapal menyelamat yang disewa oleh SOS-Mediterran­ee dan Medecins Sans Frontieres, kira-kira 25 batu nautika di luar pantai Libya kelmarin.
— Gambar AFP TERKANDAS: Pendatang dipindah dari kapal Proactiva Open Arms duduk di atas MV Aquarius, kapal menyelamat yang disewa oleh SOS-Mediterran­ee dan Medecins Sans Frontieres, kira-kira 25 batu nautika di luar pantai Libya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia