Utusan Borneo (Sarawak)

POPLOOK tampilkan lima koleksi raya 2018

-

SHAH ALAM: POPLOOK, kedai fesyen dalam talian mengkhusus busana berkonsep muslimah dan sopan, menampilka­n lima koleksi fesyen Raya 2018, yang boleh didapati mulai bulan ini.

Koleksi berkenaan, Andala, Duchess, Bella, Papier and Verdanta, meliputi pelbagai rekaan dan warna, sesuai semasa musim perayaan ini.

Bersempena pelancaran koleksi Raya itu, POPLOOK baru-baru ini, mengadakan pratonton dua koleksi tersebut, Andala dan Duchess, yang telah diadakan di outlet utamanya di Setia City Mall di Setia Alam, di sini, baru-baru ini untuk pelanggan setia, dengan kehadiran penyanyi popular, Nanasheme.

Pereka fesyen POPLOOK, Nik Amanina Liyana Nik Abd Aziz turut berkongsi tip pemakaian busana raya dengan hadirin sambil mempromosi­kan dua koleksi Raya itu.

“Koleksi baju raya POPLOOK kali ini boleh dipakai ‘ mix and match’ dengan seluar kasual yang bersesuaia­n untuk menghadiri acara rumah terbuka dan majlis keramaian pada hari raya nanti,” katanya.

Nik Amanina juga mengadakan tutorial pemakaian hijab yang cepat dan mudah untuk dipakai pada hari raya nanti.

Turut diadakan demonstras­i membuat biskut Raya, Honey Lemon Cornflakes dengan Almond, oleh chef Ikhwan Mustafar, pemenang pertanding­an masakan Hero Oven 2017, menggunaka­n bahan utama yang ditaja oleh Nestle Cornflakes.

Para tetamu juga dipelawa mengambil bahagian dalam permainan yang menawarkan hadiah tajaan POPLOOK, Photobook dan Phloosh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia