Utusan Borneo (Sarawak)

SK Bukit Kallam wakili Labuan ke Pesta Pantun Kebangsaan

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam (SKBK) akan mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan ke Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan di Melaka bermula 12 hingga 15 Mei ini.

Kejayaan itu dicapai menerusi barisan pemantun yang diwakili Aqilah Sahirah Azlan, Nurnajihah Mohd Riduan, Nur Izzati Irdina Mohd Jefree, Nur Aina Farisha Mohd Sofree dan Nurlayah Salleh Hussein selepas mengalahka­n SJKC Chi Wen di pusingan akhir peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018.

Pasukan Pantun SK Bukit Kallam yang dibimbing oleh Naida Nganro, Sitti Asmah Makulan @Kilau dan Zulkifly Omar turut meraih tempat pertama bagi kategori busana terbaik sekolah rendah.

Anugerah Pemantun Terbaik turut digondol peserta SK Bukit Kallam, Nur Izzati Irdina Mohd Jefree.

Pesta pantun itu telah berlangsun­g selama tiga hari yang diadakan secara serentak bersama pesta pantun kategori sekolah menengah di SK PatauPatau.

Sebanyak 12 sekolah rendah berentap untuk merebut gelaran juara.

SJKC Chi Wen mendapat tempat kedua sementara SK Tanjung Aru dan SK Membedai berkongsi tempat ketiga.

Pasukan itu juga mendapat sokongan penuh daripada Guru Besar SK Bukit Kallam Rosli Mohd Ali, barisan pentadbir dan seluruh warga sekolah.

Rosli berharap pasukan itu akan berjaya mara ke peringkat akhir seterusnya mengharumk­an nama sekolah dan WP Labuan di Pertanding­an Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia