Utusan Borneo (Sarawak)

PRESTASI MERUDUM PASUKAN NEGERI DAPAT PERHATIAN

Ketua Menteri mencadangk­an agar pasukan bola sepak Sarawak melakukan penstruktu­ran semula

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Prestasi merudum pasukan bola sepak Sarawak pada saingan Liga Premier 2018 ketika ini turut mendapat perhatian daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Sehubungan itu, Abang Johari mencadangk­an agar pasukan bola sepak Sarawak melakukan penstruktu­ran semula sebaik sahaja kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan mencukupi agar ia kembali hebat seperti suatu ketika dahulu.

Beliau juga melantik Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagi mengetuai proses penstruktu­ran semula tersebut.

“Seperti kita tahu prestasi bola sepak Sarawak ketika ini tidak begitu memberangs­angkan. Apa yang kita hendak buat ialah jika kita ada sumber kewangan, saya akan melantik Abdul Karim untuk menstruktu­rkan semula pasukan bola sepak Sarawak.

“Pada masa sama, kita akan menubuhkan pasukan baharu yang lebih bagus,” katanya pada sidang media sempena majlis perasmian Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini kelmarin.

Abang Johari turut menegaskan kepada pasukan bola sepak Sarawak untuk tidak terlalu mengharapk­an bantuan daripada kerajaan negeri seratus peratus.

“Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan pasukan Sarawak ketika ini adalah memberi fokus untuk menaikkan semula prestasi mereka,” katanya.

Abang Johari berkata, bola sepak Sarawak bagus sebelum ini namun sesuatu telah menyebabka­n prestasi pasukan itu jatuh merudum.

“Kita perlu akui prestasi kita tidak seperti yang diharapkan namun ia mengam- bil masa. Bagaimana hendak menstruktu­r semula pasukan ini, saya serahkan kepada Abdul Karim,” jelasnya.

Sementara itu, Abdul Karim memberitah­u proses penstruktu­ran semula tersebut akan melibatkan semua sukan dan tidak hanya membabitka­n bola sepak.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Seperti kita tahu prestasi bola sepak Sarawak ketika ini tidak begitu memberangs­angkan. Apa yang kita hendak buat ialah jika kita ada sumber kewangan, saya akan melantik Abdul Karim untuk menstruktu­rkan semula pasukan bola sepak Sarawak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? STRUKTUR SEMULA: Abang Johari memberi maklumat kepada wartawan pada sidang media bersama (dari kanan) Fazzrudin, Snowdan dan Abdul Karim di Kuching kelmarin.
STRUKTUR SEMULA: Abang Johari memberi maklumat kepada wartawan pada sidang media bersama (dari kanan) Fazzrudin, Snowdan dan Abdul Karim di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia