Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK TETAP BN

Abang Johari agak kecewa, terkejut dengan pencapaian BN Sarawak pada PRU14.

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Negeri Sarawak kekal Barisan Nasional (BN) jika Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH).

“Kita akan kekal BN (walaupun PH mengambil alih kerajaan). Keputusan yang kita (BN) capai tidaklah teruk sangat, 19 daripada 31 kerusi dan PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) hanya kalah satu kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama awal pagi tadi.

Beliau sepatutnya mengadakan sidang media bersama Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi disebabkan keputusan penuh masih belum diketahui, sidang media dibatalkan.

Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak bagaimanap­un mengakui beliau agak kecewa dan terkejut dengan keputusan dicapai BN Sarawak pada PRU kali ini.

“Ya, saya agak kecewa, sudah tentu kerana saya menjangkak­an keputusan yang lebih baik pada mulanya.

“Kita fikir BN Negeri dapat memenangi lebih 19 (kerusi) tetapi nampaknya dua kerusi dimenangi (calon) Bebas, empat PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan enam diambil terus oleh DAP (Parti Tindakan Demokratik),” katanya.

Katanya, penyebab kepada penurunan jumlah kerusi dimenangi disebabkan isu-isu nasional.

Beliau turut memberitah­u BN negeri akan melakukan ‘post mortem’ selepas keputusan penuh PRU14 diperoleh.

“Saya berterima kasih kepada semua pengundi di Sarawak yang telah memberi kemenangan 19 kerusi kepada BN dan juga terima kasih kepada polis serta semua anggota keselamata­n yang telah memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan.

“Terima kasih juga kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan semua pegawai pengurus pilihan raya,” katanya.

 ??  ?? PERJELAS: Abang Johari ketika ditemui media di Kompleks Dewan DUN lama awal pagi tadi.
PERJELAS: Abang Johari ketika ditemui media di Kompleks Dewan DUN lama awal pagi tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia