Utusan Borneo (Sarawak)

Lukanisman antara terawal mengundi bagi Parlimen Sibuti

-

SIBUTI: Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen 218 Sibuti bermula jam 8 pagi semalam di mana 39 pusat pembuangan undi dengan 67 saluran dibuka.

Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Sibuti, calon Barisan Nasional (BN) Lukanisman Awang Sauni antara pengundi yang terawal membuang undi di situ.

Lukanisman tiba di pekarangan pusat mengundi pada jam 8.24 pagi dan membuang undi tepat jam 8.47 pagi.

Calon PAS Zulaihi Bakar (Anai Zulai) pula difahamkan membuang undi di SK Kita, Niah pada jam 9.37 pagi manakala calon PKR Jemat Panjang membuang undi di tempat asal kelahirann­ya, Saribas.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang tiba di pusat pembuangan undi ditemani isterinya Datin Dayang Lily Datuk Abang Indeh pada jam 10.07 pagi dan membuang undi pada jam 10.12 pagi.

PRU Parlimen Sibuti menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru melibatkan calon BN, PAS dan PKR.

Ketiga- tiga calon selama tempoh 11 hari berkempen menyatakan keyakinan masing-masing untuk memenangi kerusi Parlimen Sibuti.

Pusat-pusat pengundian akan mulai ditutup secara berperingk­at sehingga tempoh rasmi pada jam 5 petang dan keputusan akan diumumkan sebaik sahaja proses pengiraan kertas undi selesai.

Parlimen Sibuti mempunyai jumlah pengundi keseluruha­n 31,868 orang.

Daripada jumlah berkenaan, 7,599 pengundi Melayu, 6,874 pengundi Cina, 34 pengundi India, 123 Bumiputera Sabah, 17,107 Bumiputera Sarawak, tiga Orang Asli dan 128 lagi lain-lain.

Pada PRU13, penyandang­nya Datuk Ahmad Lai Bujang mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sibuti selepas menang besar dengan majoriti 6,066 menewaskan calon PAS Robby@Muhamad Zaid Tandang.

Pertanding­an dua penjuru itu menyaksika­n Ahmad Lai mendapat 13,348 undi mengalahka­n Robby yang hanya memperoleh­i 7,282 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia