Utusan Borneo (Sarawak)

Tan tetap tunai tanggungja­wab mengundi walaupun lumpuh

-

KUCHING: Walaupun lumpuh separuh badan, Tan Ngang Khui, 50, tetap menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi.

Tan ditemani isteri, Voon Suk Chin, 40, datang ke Pusat Pengundi Sekolah Menengah (SMK) Pending datang pada jam 9 pagi, kelihatan ceria ketika dibantu Pemandu Arah Pusat Mengundi menggunaka­n kerusi roda.

“Saya tidak pernah tidak mengundi walaupun saya sakit kerana ini adalah tanggungja­wab saya sebagai rakyat Malaysia untuk menentukan kepimpinan negara seterusnya,” katanya ketika ditemui semalam.

Meskipun agak sukar bercakap kerana penyakit angin ahmar dihidapiny­a, Tan cuba menjawab soalan dikemukaka­n dengan nada perlahan.

Tambahnya dia tidak pernah terlepas untuk mengundi sama ada Pilihan Raya Negeri ( PRN) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU), alasannya mudah iaitu satu undi itu cukup bermakna.

Sementara itu berdasarka­n pemerhatia­n, majoriti pengundi yang datang awal mengundi di Pusat Mengundi SMK Pending adalah dalam kalangan warga emas ditemani ahli pasangan serta ahli keluarga masing-masing.

SMK Pending antara pusat mengundi yang dibuka semalam untuk Parlimen Bandar Kuching bagi Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Parlimen Bandar Kuching menyaksika­n pertarunga­n satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Kho Teck Wan dan calon DAP Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Bagi PRU14, Parlimen Bandar Kuching mempunyai 88,022 pengundi berdaftar.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Tan dibantu oleh Pemandu Arah Pusat Mengundi Eden Sani menuju ke Saluran 2, Pusat Mengundi SMK Pending.
BERSEMANGA­T: Tan dibantu oleh Pemandu Arah Pusat Mengundi Eden Sani menuju ke Saluran 2, Pusat Mengundi SMK Pending.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia