Utusan Borneo (Sarawak)

OKU warga emas, ibu dalam pantang antara terawal mengundi

-

SIBUTI: Suasana hari membuang undi di Parlimen Sibuti khususnya di salah sebuah pusat mengundiny­a di SJKC Chung Hua Sibuti semalam berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai yang menunaikan tanggungja­wab mengundi di sekolah terbabit sudah menunggu di hadapan pintu yang dibuka pada jam 8 pagi.

Antara pengundi terawal ialah Tuyah Drahman, 84, dari Kampung Bekenu Asli yang diiringi petugas pusat pengundian dengan meng- gunakan kerusi roda.

Turut tidak ketinggala­n, seorang ibu muda yang baharu berpantang, Norhasikin Abdul Hamid, 27, yang datang bersama bayinya Mohammad Afiq Hijjaz yang berusia empat hari bagi menunaikan tanggungja­wab tersebut.

“Ini kali kedua saya mengundi dan sudah pasti tidak mahu ketinggala­n sebagai rakyat Malaysia untuk melaksanak­an tanggungja­wab walaupun dalam pantang,” jelasnya yang juga dari Kampung Bekenu Asli.

Kali pertama beliau men- gundi adalah pada Pilihan Raya Negeri yang lalu.

Terdapat 1,323 pengundi di sekolah berkenaan yang merupakan antara 39 pusat pembuangan undi dengan 67 saluran dibuka bagi Parlimen Sibuti.

Untuk jumlah keseluruha­n pengundi di Parlimen Sibuti ialah 31,868 orang.

Daripada jumlah berkenaan, 7,599 pengundi Melayu, 6,874 pengundi Cina, 34 pengundi India, 123 Bumiputera Sabah, 17,107 Bumiputera Sarawak, tiga Orang Asli dan 128 lagi lain-lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia