Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat lelaki dilaporkan hilang ditemui terapung

Mangsa berusia 29 tahun dilaporkan hilang oleh bapanya selepas tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Batu Kawah, di sini sekitar jam 9.20 pagi semalam.

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Voon berusia 29 tahun dilaporkan hilang oleh bapanya selepas tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu.

“Pagi tadi( s emalam), orang awam telah menjumpai satu objek menyerupai mayat dan terus menghubung­i pihak polis.

“Hasil pemeriksaa­n mengesyaki mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang oleh bapanya sejak 7 Mei lalu, di mana pihak polis turut menemui motosikal mangsa yang diparkirka­n di bawah Jambatan Sungai Batu Kawa,” katanya.

Beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Ma- laysia ( JBPM) dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu mengambil mayat mangsa dari sungai tersebut yang kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Bomba bertindak men- gambil mayat mangsa menggunaka­n bot orang awam dan seterusnya dibawa ke tebing sungai di Pangkalan Kampung Segedup dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Difahamkan mayat mangsa yang telah kembang kerana dipercayai terendam selama lebih kurang tiga hari dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian tersebut masih dijalankan.

Hasil pemeriksaa­n mengesyaki mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang oleh bapanya sejak 7 Mei lalu, di mana pihak polis turut menemui motosikal mangsa yang diparkirka­n di bawah Jambatan Sungai Batu Kawa. Sumber

 ??  ?? DITEMUI: Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa ke pangkalan di tebing sungai tersebut untuk diserahkan kepada pihak polis.
DITEMUI: Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa ke pangkalan di tebing sungai tersebut untuk diserahkan kepada pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia